CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, August 22, 2011

Meneruskan perjuangan yang belum selesai

Salam. Lame rasenye tidak bersiaran.

Hari nie genap seminggu saya melapor diri di Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP).


Ape perasaan sebagai warga baru BPP?

Saya agak teruja dengan perpindahan ini dan seperti biase, saya memang nervous mak ngah ngn orang2 disini. Pendek kate cuak la sebab orang sini otai2 jugak. expert, banyak pengalaman berbanding saya nie. baru je mulakan semula perjuangan setelah terhenti untuk seketika. ramei juga yang bertanya, macamane keadaan kesihatan sekarang. untuk makluman semua, alhamdulillah kesihatan saya bertambah baik dan sudah menjadi lumrah apabila salah makan, badan akan rase semacam. pendek kata badan saya kini cepat sensitif dengan makanan yang masuk kedalam badan (ayat pusing2 plak). saya masih pantang sikit2. adekalanya memang tak boleh tahan nafsu serakah makan yang melampau.hehehe


Nak cerita tempat keje baru tp macam tak best kalau takda gambo. So saya tangguhkan dulu cerita tempat keje baru yea.


Life saya macam biase. Cuma bulan pose nie, sibuk memasak untuk husband. bukan ape, memandangkan saya masih berpantang makan, jadi pilihan untuk beli di luar agak sukar. Husband pulak perot sensitif dan jika salah makan, maka bertapa lah di toilet untuk seketika. oleh yang demikian, saya memilih untuk masak sendiri. Blog http://www.tiffinbiru.blogspot/ memang menjadi rujukan utama sebab menu dan bahan yang mudah didapati. Kos pon tak mahal sangat.


Persiapan raye pon ala kadar sahaja untuk tahun ni. Saya redha dengan ujian Allah swt di kala sambutan Ramadhan dan Syawal tahun ini. Siapalah kita nak menidakkkan ketentuan Allah swt. Cuma buat masa ini, saya sangat rindu untuk bersolat terawikh. Harap2 dapatlah menunaikan solat sunat nie menjelang malam2 terakhir nie. Ujian nie buat saya insaf untuk seketika (harap2 kekal). Betul la lirik lagu raye 'dalam kita bergembira, jangan lupa yang tiada'.....perkataan tiada bukan hanya bermaksud kepada insan yang telah meninggal dunia, bahkan mengingatkan saya kepada insan yang kurang mampu, sakit dsb. Sebab tu orang selalu ingatkan kita ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Saya bersyukur diberi kesempatan merasai Ramadhan tahun ini meskipun serba kekurangan (kesihatan yang kurang memberangsangkan). Tahun hadapan, saya belum pasti. Harap2 dapatlah merasa Ramadhan dalam keadaan sihat walafiat.


Sepanjang Ramadhan nie, dua minggu saya duduk berehat di rumah parent di Seri Petaling. Lagi dua minggu berpose di Putrajaya. Dalam tempoh dua minggu nie, saya perhatikan husband saya betol2 all out berbisnes (bukan bisnes kueh raye). Saya cuma mendoakan dia dan mengharapkan Ramadhan memberi rahmat buat kami (first ramadhan sebagai suami isteri).Tup tap tup tap, saya dimaklumkan husband dapat achieve pangkat yang tertinggi dalam dunia bisnesnye. Hampir setiap malam mulut die mengomel psal bisnes tu, so memang berbaloi2!saya doakan dia tak mudah putus asa dan jangan lupa beringat kepada yang 1 iaitu Allah swt. Dialah yang Maha Mengurniakan rezeki.


Dikesempatan ini juga, saya menyusun jari memohon ampun dan maaf kalau ade tersilap kata, silap perbuatan dsb. tahun nie saya beraye di Melaka. InsyAllah ahad malam bergerak pulang ke kampung halaman (kg la sgt). pengumuman untuk kawan2 & family, insyAllah majlis rumah terbuka & doa selamat dirancang diadakan pada 17 September 2011 (Sabtu). papepon akan diberitahu kelak.


ok sekian dulu. berhati2 memandu yea.

Friday, August 5, 2011

malam yang hening

tajuk mcm scary je kan.
actually mlm nie saje nk membuang mase kejap b4 tido.
i just realize that tomorrow is the day that i'll start fasting.hehehe after 5 days of missing it. semangat berkobar2.hopefully cukup kuat tenaga & iman utk berpose. insyAllah.mlm nie terase sayu je. tahu kenapa?
saya berfikir sejenak kenapa tahun nie saya diuji dengan agak hebat (awal tahun lalu dengan adik yg masuk hospital disaat saya menghitung hari bahagia, b4 pose saya rela hati masuk ke wad utk dibedah). jawapannye (saya juga yang jawab..tadaaa)!
sebab Allah swt sayangkan hamba yang diuji itu. saya yakin dan percaye bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu pasti ade hikmah yang tersembunyi. hanya Allah swt yang mengetahui. saya amat berharap untuk cepat sembuh (masih dalam tempoh berehat) dan menjalani ibadah pose, menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri di bulan2 pose nie, beramal dan yang paling penting mendekatkan diri pdNya. betol la kate org, manusia mudah lupa. saya sekarang sangat teringin untuk makan macam2 (masih berpantang), sangat teringin bergerak bebas tanpa rase sakit, sangat teringin untuk ...aarrrrghh..mcm2 benda nk buat. time sehat kerap kali lupa untuk bersyukur kerana berpeluang merasai segalanye. saya hanya perlu bersabar dan bersyukur kerana Allah swt masih memberi peluang utk saya merasai Ramadhan biarpun lambat 5 hari (insyAllah).
itu saja corat coret utk mlm ini. sekian dulu yea.

Thursday, August 4, 2011

after a long silent

Lame tak corat coret kt blog nie kan.rindu?belum lg kot.hehehe jual mahal la kunun. arini bersamaan 4 ogos 2011 @ 4 ramadhan dh.cepatnye mase berlalu.arini da ari kesepuloh selepas minor operation (laparoscopy) saya di Hospital Ampang Puteri (APSH). Belum share lagi pengalaman di'operate' buat pertama kali kan.hehehe
25 Julai 2011
Hari terakhir saya berkhidmat secara rasminya di Bahagian Perolehan Kerajaan. Saya dapat ditukarkan ke Bahagian Pinjaman Perumahan berkuatkuasa 1 Ogos 2011. Bermula esok, saya akan bercuti rehat di hospital & rumah. So saya berkemas ape yang patut di ofis. Kesihatan ok tp saket datang jugak kadang2.
Selepas maghrib, kami (saya & husband) bertolak ke APSH utk masuk wad. Gerun, cuak, semua perasaan dtg dengan tiba2 sebaik masuk di perkarangan hospital. Ini adalah kali pertama diulang kali pertama saya masuk wad. Pihak hospital memaklumkan bilik yang akan saya huni bernombor 313. Jururawat yang ditugaskan membawa kami ke bilik yang sepatutnye.Saya memang gementar tp kuatkan semangat demi penyakit (penyakit ke) yang harus dilawan & melihat suami yang agak cool, so saya tetapkan pendirian. Saya rehat di atas katil yang disediakan dan tak lama kemudian jururawat memaklumkan bahawa saya dikehendaki berpuasa mulai jam 12.00 malam.Saya juga diberi ubat untuk membuang segala isi perot bagi melancarkan proses ketika operation nnti. Malam itu saya memang tidak lena tidur kerana panggilan ke tandas yang agak kerap. Suami tidur bersama saya di hospital.
26 Julai 2011
Jam menunjukkan pukul 8.15 pagi dan jururawat memaklumkan doktor akan datang sebentar lagi. Saya diarahkan tukar baju (memakai pakaian untuk dibedah). Suami saya pada waktu itu telah keluar sebentar untuk bersarapan pagi bersama kawan2 lamanye.Doktor datang & brief ape yang akan dilakukan ketika operation nnti.Saya semakin berdebar & merasekan fikiran semakin kosong. Saya naek ke atas katil yang disediakan dan ketika itu suami saya kembali kebilik saya. Saya ditolak ke bilik bedah. Suami mengiringi saya sehingga ke bilik bedah. Sebaik sampai di kawasan bilik bedah, suami dinasihatkan tunggu diluar bilik tersebut. Sementara doktor dan jururawat bersedia dengan kelengkapan pembedahan, saya ditempatkan di suatu sudut di bilik bedah.Ketika itu, saya hanya berzikir & berdoa agar semuanya selamat kelak. Tak lama kemudian, saya ditolak memasuki bilik bedah yang dikhaskan dan ketika itu suhu sangatla sejok. Saya dipasang kelengkapan dan kedengaran doktor memaklumkan saya akan dibius. Selepas itu, saya memang tidak sedarkan diri sehingga saya membuka mata dan nampak kelibat suami, ibu ayah dan adik lelaki saya di sekitar katil saya. Pembedahan selama 3 jam telah selamat dan saya ditolak kembali ke bilik 313 untuk berehat. Saya cuba membuka mata namun tidak berdaya dan ketika itu terasa sangat sakit di bahagian perut saya. Jururawat memasukkan air ke dalam badan saya dan memaklumkan bahawa badan saya masih terdapat ubat bius. Oleh yang demikian, penyelesaian yang terbaik untuk saya bagi meredakan ketidakselesaan yang di alami adalah tidur. Saya akur dan terus lelap.
Sambung entri akan datang. Letih da nie menaep. hehehe

Sunday, July 24, 2011

mengimbau kenangan

Sejak dua menjak nie fikiran saya slalo fikir mcm2. Susah nak dijelaskan. Mungkin penghijrahan yang bakal berlaku membuatkan saya teringat kisah2 lama sewaktu melapor diri dulu.

April 2009

Saya dapat offer jawatan Pegawai Tadbir & Diplomatik (PTD) di Kementerian Kewangan. Syukur sangat. Masa tu memang doa sangat nak keluar dari tempat keje lama (Bank Pembangunan). Saya bukan nak jadi PTD pada awalnye. Saya niat nk mintak keje government (ape2 jawatan) sebab saya pemegang biasiswa JPA dan berkhidmat untuk government adalah antara kemestian apabila tamat belajar. Rezeki jangan ditolak kan. Berkat doa mak ayah, usaha, sabar. Akhirnya sudah tertulis untuk saya dapat menyandang jawatan itu. Saya memang tak mahu langsung riak dengan jawatan itu. Sebab pada saya, semua keje pon same je. Yang penting kita ikhlas & ganjarannye kita akan rasai. Itu yang saya cuba tanamkan dalam diri.

Jun 2009 - Julai 2011
Saya ditempatkan di Bahagian Perolehan Kerajaan, MOF. Masa berlalu pantas dan kini, saya menghitung hari untuk keluar dari Bahagian tersebut untuk ke Bahagian Pinjaman Perumahan. Saya ikhlas memilih untuk keluar. Banyak faktor yang menyebabkan saya berkeputusan untuk keluar. Suami dibahagian yang sama membuatkan saya kurang selesa, kerja di pejabat yang semakin berkurangan membuatkan saya semakin bosan & buntu/berkarat & terasa bersalah makan gaji buta. Boleh diterima ke alasan saya?hehehe terima je lah kan. Saya lega dapat bertukar. Saya juga mengharapkan orang disekeliling saya gembira dengan penghijrahan ini. Saya niat nak belajar benda baru & moga dipermudahkanNya. InsyAllah.
Saya jenis yang cepat bosan dengan tugasan yang sama. Tapi tak boleh diturut sangat kata hati. Keje makan gaji nie kena redha dengan apa saja yang ditetapkan untuk kita. Saya selaloo fikir positif & kadang-kadang mengutuk/mengumpat/menyuarakan ketidakpuasan hati itu adalah normal bagi seorang wanita berkerjaya. Boleh diterimakah pernyataan ini?heheheh
Ok lah. itu saja untuk siaran kali ini. Antara gambo yang sempat dirakam ketika berkursus.


Friday, July 22, 2011

in pain.

i'm in pain.
adoii. kena banyak sabo.
gedebak gedebuk dapat date untuk surgery (laparoscopy) on 26 july 2011 (selasa) pagi.
kecot perot, ketar lutut, sume pon ade. saya nie tak penah masuk hospital. melawat orang saket mmg slaloo. tp nk duduk atas katil as patient, alamak seriau jugak.
hopefully everything is ok. doakan saya yea.
after surgery, saya akan berehat (mungkin 2 minggu @ lebih) dan kemudian lapor diri di Bahagian baru.
hopefully ade sinar baru, semangat baru di tempat baru. insyAllah. jika kita slalo positif, orang disekeliling kita pon akan positif.
jika orang tanya kenapa saya mohon bertukar?
saya jawab, saya nak belajar benda baru, saya nak angin perubahan, saya nak bos baru (boleh?), saya nak jauh dari orang yang suka menindas orang lain, saya nak belajar / kerja dengan tenang. sekarang tak tenang ke?terlebih tenang membuatku lena dibuai mimpi. tak elok untuk jangka masa panjang.
tak sedih ke tinggalkan kawan2 disini?
sedih memang sedih. saya percaya kawan memang susah dicari. saya akan setia dengan kawan yang setia. meskipun kita terpisah oleh bangunan, saya harap hubungan kawan akan tetap kekal. to sheela & ida, i will not forget both of u. jangan sedey2 sbb nnti time kursus, kite akan berjumpa gak. insyAllah.

Tuesday, July 19, 2011

a day at ampang puteri specialist hospital

On 18 July 2011, we (i & husband) went to Ampang Puteri Specialist Hospital (APSH) to meet the pakar sakit puan no. 1 in APSH. This is the second visit (1st at Hospital Az-Zahrah, Bangi) due to my health problem. Search for second opinoin (boleh terima ke alasan nie?). Anyway saya & husband gagahkan jua ke APSH becoz saket da mula datang balik & further more APSH is one of the hospital panel under Prudential Insurance. Duet poket memang kena sedia awal. hehehe

Okai let's start the journey....(wah pegi hospital mcm pegi bcoti)

Kami gerak awal untuk elak traffic jam di MRR2. Sampai di perkarangan hospital 8.20am and hubby ajak minum dulu. Katenye awal lagi. Bukak kaunter jam 8.30am. We had roti canai breakfast at maple nearby. After that teros naik ke tingkat 3 (aras untuk pakar sakit puan) and surprisely sudah ramai mak ngah pesakit2 lain tunggu untuk temujanji pagi ni dengan Dato' Dr Ashar Abdullah....we had made a wrong decision to have the breakfast before registration.grrr ape boley buat. my turn is no. 13. Tunggu punya tunggu. Hati semakin panas. Jam sudah menunjukkan jam 11.50 & my turn tak sampai2.adoii macam pegi government hospital nie. I am getting hotter. Teros pegi kaunter tanya & that PA lady (tak mesra langsung) di kaunter just mention 'Puan, nombor da gerak tak ikot susunan. Nama puan Liyana Fariha kan, sekejap lagi saya panggil'.

What da f**k!!!ape perasaan anda?i am REALLY2 HOT!!!i just could not believe the words from her. This is private hospital & yet u can say this to me.OMG. saya memang tak boley tahan perasaan & nak marah pon tak terluah. So saya bagitau husband saya nak balik rumah & tak mahu tunggu lagi. I feel like wanna cry and run to the toilet. I am crying at the toilet until my husband came & its my turn to see the doctor. Saya memang fed up & give up to see the doctor but my husband said 'Da begini lama tunggu, takkan nk lepaskan peluang jumpa doktor'. So i move & met the doctor. Dalam hati memang meluap2 marah & said i will not come here next time.

The doctor was very profesional and did explain to us about the endeometriosis. The cyst size is still small but it will grow. So the doctor suggest us to have a surgery named laparoscopy. Kami memang susah nak faham the medical terms explained by the doctor. So the doctor bukak kitab and show us the real picture. Thats why i said the doctor is profesional enough. Lega. Kami agak risau tentang kos perubatan dan doktor bagi pilihan samada untuk proceed with government hospital (jika kewangan menjadi beban) @ covered under insurance. Doktor minta kami balik fikir & discuss after da capai kata sepakat. We agree and settled down everything (ubat & lab test) at the hospital. Bil untuk kali ini adalah sebanyak RM400++ (amount nie setelah ambil kira my husband is ex staff APSH). Kopak mak ngah!!!Sebelum pulang, saya sempat isi borang kepuasan pelanggan & as mention before, saya memang tak puas hati dengan mutu perkhidmatan yang diberikan staff kaunter di APSH.

Dalam perjalanan pulang, saya memang mengomel habis tentang perkhidmatan yang diberikan oleh APSH. Doktor bagos, tapi staff die. Sendiri mau ingat la. Saya jumpa doktor pakar sakit puan no. 1 di APSH, so the PA should show the no. 1 service. Not like no. 10. Sorry la APSH saya sebagai pesakit memang TAK PUAS HATI dengan service yang diberikan. Jika 10 markah penoh, saya bagi 4 je. Boleh?Padahal nak kena datang lagi for next appointment.

Thursday, July 14, 2011

Ragam Manusia


Ade beberapa senario yang membuatkan saya berfikir sejenak.

Senario 1
Seorang rakan lama saya ketika menuntut dulu meletakkan gambar keputusan ujian kehamilannya (pregnancy test) dalam facebooknye untuk tatapan umum. Ujian tersebut menunjukkan keputusan negatif. Kemudian ada beberapa rakan lain komen (saya tidak sempat membacanye).
Pemikiran saya : Hilang akal ape?Memang la facebook tu dia punya akaun (lantak die la) tapi TOLONG JANGAN MEMALUKAN KAUM HAWA. Kelihatan sangat desperate untuk pregnant. I am not jeolous. Cuba berpijak dibumi nyata. Masih ramai kaum hawa yang masih belum mengandung meskipun da kahwen lama. Takkan nak tangkap semua gambar pregnancy test yang berlambak2 & negatif plak tu dan tempek dalam facebook masing2. Adoiiyai. Ape nak jadi nie?

Senario 2
McDonald melancarkan promosi buy 1 free 1 doublecheese burger selama 3 hari mulai 11-13 Julai 2011. Temah (bukan nama sebenar) mencetak kupon itu pada 12 Julai 2011 dan bawa pulang ke rumah tanpa apa-apa perasaan. Keesokannya harinya (malam terakhir promosi) suami Temah mengesyorkan pergi ke McD terdekat dan mendapatkan burger tersebut. Setibanya di outlet McD berkenaan, kelihatan ramai orang beratur panjang. Temah yang kepenatan (hari bekerja biasa) semakin hilang sabar. Suami Temah turut berperasaan yang sama. Temah mengesyorkan makan di mana-mana restoran yang berdekatan. Suami Temah enggan mengalah dan mengajak Temah ke outlet yang lain. Temah semakin 'panas' akibat perot yang telah berkeroncong. Setibanya di outlet yang lain, naseb kedua pasangan ini memang baik dan memang sudah rezeki. Dapat juga menikmati burger yang dipromosikan itew.
Pemikiran saya: Tobat tak mo print any promotion coupon. TQ.

Senario 3
Bos Joyah (bukan nama sebenar) mengarahkan Joyah untuk membantu menyiapkan satu tugasan. Joyah tiada masalah untuk menyiapkan tugasan berkenaan TETAPI....bos Joyah memaklumkan bahawa tugasan itu adalah sebenarnya tugasan untuk bos lain yang bernama Jijah. Dek kesibukan Jijah dan pasukannya, bos Joyah berniat baik untuk membantu dan meminta bantuan Joyah untuk turut serta membantunya. Joyah memang tidak ngam/serasi dengan Jijah. Bagaimana yea?
Pemikiran saya : Joyah patut pujuk diri, ambil kekuatan untuk seketika dan fikir positif. Buat kerja bukan sebab orang tetapi fikirkan amalan pahala yang dijanjikan Allah swt kelak. Niat kerana Allah swt. Bukan kerana Jijah, bos Joyah atau sapa2 yang lain.

SOLAT SUNAT DHUHA

Sedikit ilmu untuk dikongsikan.

Amalan yang baik & boleh dipraktikkan selaloo. InsyAllah.
Solat Sunat Dhuha
Bilangan Rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
Waktu : 8.00 pagi - 11.00 pagi (berdasarkan info yang terbanyak ditemui)
Waktu pada ketika matahari naik lebih kurang sepenggalahan
Niat :

"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
Bacaan ketika sujud terakhir - 3 kali


Baca doa ini selesai solat


Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Pesanan untuk kawan2
Adakalanya pagi-pagi bila nak memulakan tugas kita rasa 'panas', oleh yang demikian boleh cepat2 ambil wudhuk dan amalkan solat dhuha untuk seketika. Jika sibuk dengan tugasan pejabat, selesaikan tugasan terlebih dahulu dan kemudian solat dengan tenang. Hati sejok, pahala pon dapat. Betol tak?


Itu saja untuk kali ini.

Sunday, July 10, 2011

keputusan itu membuatku gusar

Salam.


Lama rasanye tak mencorat coret. mood terbang entah ke mana. kesian kt blog nie. oleh yang demikian arini saya mencorat coretkan sesuatu untuk dikongsi bersama-sama. ape yang baek tu jadikan pedoman yea. yang tak baek, simpan dalam hati sudah!hehehe

Apepon last post saya ade mention saya ke hospital az-zahrah, bangi untuk check up problem yang kurang enak dibahagian bawah perot (masalah wanita). Jadi memang saya rujuk terus ke Bahagian Pakar Perbidanan & Saket Puan. Alhamdulillah appointment berjalan lancar dan setakat nie problem yang dikesan berkemungkinan akibat endometriosis dan fibroid. Ngeri je dengar kan?Saya menarik nafas sejenak dan slow2 bertanya doktor berkaitan kedua-dua perkara ini. Memang susah nak faham memandangkan saya bukan dalam line medic dan percubaan untuk memahami boleh dipertingkatkan dengan aktiviti carian di internet. sekarang teknologi canggih & dihujung jari. gunakan semaksima mungkin.

Berbalik kepada problem tadi. sedikit penerangan tentang endometriosis.

Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar ´endometrium´ telah tumbuh di luar rahim. Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ´darah kotor´ atau darah haid.


APAKAH TANDA-TANDA ATAU GANGGUAN?

Tanda yang paling utama sekali di kalangan wanita ialah senggugut ataupun kesakitan pada bawah perut dan pinggang. Senggugut ini mungkin dialami dari sejak remaja lagi dan ia berterusan dan mungkin tidak reda walaupun selepas berkahwin. (Saya tidak mengalami masalah ini buat masa ini)

Ada sesetengahnya lega sekejap selepas berkahwin dan melahirkan anak, tetapi senggugut ini akan timbul semula akibat daripada penyakit endometriosis. Kesakitan yang dialami biasanya berlaku sebelum datangnya haid yang biasanya berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian ari-ari dan sering juga ke bahagian pinggang. (Ya...saya sakit ini)

Biasanya sakit akan hanya reda selepas dua atau tiga hari sahaja, tetapi jika keadaan di mana endometriosis ini telah merebak, kesakitan ini mungkin akan berterusan waktu haid dan walaupun haid sudah berhenti kadang-kala kesakitan masih ada lagi. Ini menunjukkan bahawa penyakit ini berada di peringkat teruk dan mungkin telah melibatkan dinding atau otot rahim. Gangguan lain ialah ketidaksuburan dan kemandulan. (Jangan gusar, baca lebih mendalam)

Ini adalah masalah besar di kalangan penghidap-penghidap penyakit endometriosis. Mereka tidak sedar yang penyakit ini mungkin telah timbul, yang mereka tahu ialah mereka sukar untuk mengandung, samaada buat kali pertama ataupun selepas melahirkan seorang anak ia tidak dapat hamil lagi beberapa tahun kemudian.


Sedikit info tentang fibroid.

Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang berasal dari tisu pada rahim. Apabila ia membesar, fibroid boleh memberikan pelbagai masalah kepada wanita seperti, menghimpit pundit kencing, mengalami haid yang banyak, sakit samasa haid dan sakit semasa bersama dan sebagainya. Ia boleh tumbuh sehingga sebesar biji bola tapi ia bukan sejenis kanser.

Kebanyakkan simptom yang dihadapi oleh wanita ialah kerap kencing, sembelit, sakit haid, darah haid yang banyak. Kadang-kadang dia boleh menghadang pintu rahim dan sekiranya wanita tersebut hamil, beliau terpaksa bersalin secara pembedahan ceasarean.

Berdasarkan pemerhatian doktor yang memeriksa, saya punya kes masih diperingkat awal & saiz masih kecil. So next appointment doktor akan monitor tahap tumbesaran kedua-duanye. Hopefully everything ok. Cuma yang kurang ok, saya tidak dibekalkan dengan sebarang ubat dan kadang2 saket datang tak kira masa. Memang tak terok tp rasa kurang selesa & doa jua kupanjatkan agar daya ketahanan badan cukup kuat untuk menempuh semua ini. Kita tunggu bulan September nanti untuk next appointment. Doakan saya yea.

Tuesday, July 5, 2011

masanye telah tiba

lama dah tak update blog nie. kadang-kadang mood mmg terbang entah ke mana. dek kesihatan yang agak kurang memuaskan, saya akur pada keadaan semasa. hari ini adalah penentunya!

hari yang ditunggu2 tiba jua.

hari ini bersamaan 6 julai 2011, saya akan ke Hospital Az-Zahrah Bangi untuk cek segala kesulitan yang melanda tubuh badan saya ini. ayat mcm saspen je kan...kan...kan.

hopefully everything ok & pdNya jua ku panjatkan doa. moga kesakitan ini dapat menginsafkanku & mengampunkan dosaku.

tolong doakan yea. got to go.

Tuesday, June 28, 2011

Senyap sejenak. Saya tertarek.

Kata-kata yang dicopy paste dari blog http://my.crazyartzone.com/

"Rendah hati adalah akhlaq yang mulia, sedang kesombongan adalah kebiasaan orang tercela. Rendah hati akan menumbuhkan kecintaan, dan lapang dada menerima pemberian Allah swt akan melahirkan ketenangan jiwa."

~ Imam Syafi'i

Thursday, June 23, 2011

apabila keberanian datang

Saya telah berjaya mencorat coret memo pertukaran Bahagian sepanjang hari ini. lega rasa & after dis, hopefully everything will be ok.

Am i demand?

saya rasa tidak. sebab saya memang da semakin bosan & mati kutu dengan ketiadaan keje di ofis. i guest, i'm doing the rite thing. saya tidak mahu rasa bersalah makan gaji buta setiap bulan. saya kasihan pada diri sendiri terutama otak yang semahu karat, tangan yang semakin keras akibat jarang menulis, mata yang semakin kurang fokus, dan minda yang menerawang jauh.

Saya harus BERHIJRAH!

Permohonan telah dikemukakan, Hopefully ada berita baik untuk diri saya ini. Saya tunggu tau.

Wednesday, June 22, 2011

sunyi.malas.bosan.

apekah yang akan anda lakukan jika berperasaan seperti saya?


sunyi.

saya ditinggalkan untuk seketika oleh encik husband kerana beliau outstation ke pantai timur. perasaan kesunyian melanda tatkala pulang ke rumah sorang2. adoiii.


malas.

akibat keje di ofis yang semakin berkurang, saya menjadi sangat malas & hanya tengok ke arah jam dan menanti waktu pulang.


bosan.

saya semakin bosan dengan keje saya. i need to change & be motivated.


saya memang perlu dibantu. TOLONG!!

Kelas Jahitan

Syukur alhamdulillah dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan izinNya saya telah berjaya menghadiri kelas jahitan (baju kurung tradisional) selama dua hari mulai 18-19 Jun 2011 (Sabtu & Ahad) di Taman Puncak Jalil anjuran http//mariati-design.blogspot.com/.

Memang berbaloi dan puas hati belajar dua hari. Mula-mula rasa macam kepenatan sikit sebab menuntut ilmu nie memang banyak dugaan kan. Bila da mula belajar & buat baju, alhamdulillah boleh catch up meskipun sedikit slow.

As mention before, i am not in the mood to write. Sorry. Wait for next week yea. Hopefully the mood will come. ngeh3.

Till we meet again.

Terengganu Dijejaki























Ini antara gambar yang sempat diupload sempena rombongan kami sekeluarga ke Terengganu last week (6 - 9Jun 2011). Pemilik blog sangat M.A.L.A.S untuk mencorat coret buat masa ini.Harap maklum.

Thursday, June 16, 2011

wordless friday



In progress. Sabo yea.

Sunday, June 12, 2011

my husband's birthday!

Sehari selepas my father's birthday, my husband's birthday fall on 5th June 2011 (Ahad). Perancangan awal, memandangkan kami sekeluarga (dengan family mertuaku) akan berangkat ke Kuala Terengganu pada 6 June 2011, so saya & husband decide celebrate di sana. Lebih ramai, lebih meriah!

BUT i personally da wish heppy birthday & give a gift (walopn tak semahal mane but yang penting tanda ingatan).

Entri sebelum nie saya ade tujukan poem untuk my beloved husband. so entri kali nie, i just wish you HAPPY BIRTHDAY. may all your wish come true. jadi suami soleh & jangan COBA-COBA nak bukak cawangan!


i love u so much!


gambo error je untuk diupload. sabo yea.

my father's birthday!

Last week was awesome!

Saya akan start update secara berperingkat. InsyAllah. Kita mulakan dengan peristiwa pada 4 Jun 2011 (Sabtu). It's my father's birthday. Saya pulang ke rumah parent di Seri Petaling & akibat rasa malu pulang dengan tangan kosong di hari jadi ayah, maka kemas-kemas segala keperluan untuk membuat triffle di sana. Cuma butter cake & susu carnation kena bli di kedai berdekatan. Macam ape je kan. Takpelah janji ade gak provide something. Sampai di rumah, teros menyinsing lengan, membanting tulang membuat triffle (Bersemangat nak tunjuk kesungguhan). Kakak bli kek aiskrim untuk kami sekeluarga. Petang cket kami celebrate & makan kek bersama-sama. Gambor memang tak snap langsung becoz da agak penat rushing sana sini cari bahan buat triffle.

Apepon, i wish HAPPY BIRTHDAY to my BELOVED AYAH.

Walopon saya dah kahwen & duduk asing, i still pray for ur health & dimurahkan rezeki. insyAllah. amin.

hadiah saya & husband postpone dulu yea.

Wednesday, June 1, 2011

LOvE

today is already 1 June 2011. i am already married for 4 months & 4 days.

ouch!cepatnya masa berlalu.

today is another boring day for me. with no works, i am like garfield...(uuuu dengan mata yang separoh tertutup)

i wish that i can quit my current job. but CANNOT!

who gonna pay all the bills?the credit cards, the expenses for shoping....grrrrr?(niat keje telah menyimpang dari jalan yang sepatotnye)

ooopss!ape yang saya merapu nie?kembali ke topik pada hari ini. nak bermood sayang-sayang sket. i am counting days for ......... (shhh)
tinggal a few days aje untuk hari itu. i specially dedicate a simple poem for him.



everyday i love u.

eventhough u are getting 'bam bam', i still loving u.

u bring the sunshine in mylife. make me realize there's sumbody still love me outside there.

eventhough u sometimes does not want to help me with the house chores, i still love u (yang ini bersyarat)kui3


i love u lah.

end.


selebeynye hanya kita berdua yang tahu.

Monday, May 30, 2011

fish pie

Resepi yang diperolehi dari Puan Yat (seorang bos yang akan bertukar ke JKR). Saya memang sangat minat & bercita-cita untuk buat suatu hari nanti (tunggu dapat oven)...insyAllah. Simpan resepi di blog untuk elak hilang.

Resepi yang very simple & healthy food.


Ingredients:

1-2 fillet white fish (Lemon sole @ dory)

1 large onion - chopped

button mushrooms - sliced

fresh milk


Mash potatoes:

4-6 russet potatoes

fresh milk

butter

salt to taste


Sauce:

butter - large knob

1-2 table spoon flour

1 tsp coarsely ground black pepper

2 slices cheese


1. Put fish, chopped onions and sliced mushrooms in pie dish or deep baking tray.


2. Pour on milk just enough to cover fish. Bake in oven till just cooked.


3. Meanwhile, skin potatoes, cut into large cubes and boli till soft.


4. Drain, then mash hot potatoes with butter. Mix with milk to medium-soft consistency. Add salt to taste.


5. For sauce, melt butter in sauce pan. Stir in flour till slightly brown. Put in ground pepper.


6. Pour in strained milk from baked fish. Put in cheese slices and salt to taste. Stir on heat till a thick consistency.


7. Roughly mash fish in the pie dish. Pour sauce onto the fish and mix evenly.


8. Spoon the mash potatoes over the fish to cover completely. Use a fork to achieve a rough surface.


9. Bake in oven till potatoes topping become light brown at the peaks.


10. Serve with any kind of salad or steamed brocoli & carrots.


11. Alternatively, instead of baking in a large pie dish you can bake little pie-lets (those 2-3'' cute aluminium cups)...and freeze for later.


Simple & enjoy!

Sunday, May 29, 2011

when a cup of cake made your day!

Today is monday. Everything is slow.


But with this cup of cake & a cup of milo...




I am energize!


A bouquet of tq to ms. sheela 4 da homemade cupcake!


A cup is not enough ok!

Friday, May 27, 2011

rehat di spa

Saya seronok sangat hari nie. Dapat rehat (lunch hour) yang paling bermanfaat gitew!Sebelum nie hanya keluar makan2 dengan kawan-kawan. Hari ini bersamaan Jumaat 27/5/2011, saya & kawan2 meluangkan masa sejenak di d'aura spa di seri kembangan. saya memang tak tangkap gambo sebab terlampau seronok & puas hati dengan servis yang diberikan sampai tak teringat langsung nak snap gambo.walopon dalam handbag ade je kamera. gambo versi internet je yea.




Saya share sedikit pengalaman saya & best frenz saya (Ida & Sheela) di D'Aura Spa. Saya ambil servis foot refleksologi, sheela & ida buat facial (ade beberapa jenis facial yang ditawarkan). Memandangkan lunch hour yang tak lame mane, so kami decide ambil servis yang minima but satisfiy. Servis foot refleksologi saya dibuat/diurut oleh seorang jejaka (telah berkahwin yea). Berasal dari Kota Kinabalu, Sabah. Pandai mengurut & sangat pakar mengurut memandangkan arwah neneknya seorang tukang urut. Sambil beliau mengurut, saya sempat berborak-borak dengan beliau dan ade tips yang sangat berguna untuk diamalkan oleh kaum wanita. Jangan terkejot yea. Saya berjaya menemui seorang lelaki yang handal mengurut kaum wanita (termasuk urutan di bahagian peranakan dsb) di bumi Malaysia ini. First time ever. Sebelum nie saya tak pernah jumpa.


Selepas sesi mengurut saya rasa sangat lega & mengikut tukang urut tersebut, urat kaki saya sangat tegang. Mungkin akibat berdiri terlalu lama katanya. Pesanan penaja dari beliau kaum wanita ramai yang sakit belakang. Ini berpunca dari pemakaian kasut tumit tinggi. Kalau boleh jangan kerap sangat (tak boleh sebenarnya) pakai kasut bertumit tinggi. Sebab kesannya pada hari tua kita nanti & saket belakang memang memeritkan.


Selesai sesi mengurut & facial, kami bertiga meluahkan rasa puas hati yang amat sangat dengan servis yang diberikan. Tersenyum lebar keluar spa. Seronok sangat apabila dapat beristirehat di spa sejenak. We'll come next time, insyAllah.

Tuesday, May 24, 2011

triFFLe

Assalamualaikum semua. sejak dua menjak nie, kegemaran memasak dikalangan kawan2(termasuk saya) semakin menjadi-jadi. al maklumlah semangat cemburu mencemburui yang menebal dihati sanubari masing-masing kan. masing-masing nak tunjuk segala skill yang dimiliki. auuww!sila jangan saman saya.

bab-bab memasak/bakar-bakar/uli-uli/sapu-sapu nie saya kureng sket. bukan tak minat tapi da jemu kot tengok mak saya yang memang handal memasak/bakar-membakar nie sejak saya kecik. (blaja tak mau, bising plak kan!) anyway, as career woman nowadays, i MUST know how to cook, bake (at least), roast and others cooking knowledge. sibuk bukanlah alasan untuk menidakkan semua ini. so saya dengan nada riak, mahu menonjolkan skill yang ada.

Dengan itu, terimalah puding triffLe Liyana. hari-hari mau. (yea ke?)
(gambo kurang ummph...sowie yea.)

Puding nie dibuat khas untuk jamuan pot luck ofis hari isnin (23 mei 2011) yang lepas. naseb baek jadi gak & yang paling menarek, ianya kurang manis. tahniah untuk diri saya sendiri. saya tak kedekut nak kongsi resepi simple saya. sukatan boleh diubah ikot kesesuaian masing-masing.

bahan-bahan:
butter cake & marble cake (orang biase guna swiss roll tapi saya pilih butter cake untuk kurangkan rasa manis)
1 tin susu cair carnation
tepung kastard
air masak
1 tin fruit cocktail (ditoskan buahnya)
sedikit esen vanilla
serbuk jelly perisa strawberry (yang telah dicampur gula)

cara-cara:
Potong & susun butter cake & marble cake dalam loyang/bekas hidangan (lapisan pertama)
Bancuh tepung kastard, susu cair & air masak & sedikit esen vanilla secukupnya.
Selesai tepung kastard, biar seketika & bancuh serbuk jelly dengan air masak & panaskan di api untuk seketika sehingga mendidih. Jangan lupa kacau untuk elak jelly tak sekata.
Masukkan bancuhan tepung kastard sebagai lapisan kedua atas susunan kek tadi.
Kemudian susun fruit cocktail atas lapisan kedua tadi.
Akhir sekali, letak jelly sebagai lapisan yang terakhir/teratas.
Biar untuk seketika & masuk dalam peti sejuk.

Siap puding triffle saya!
Simple je kan resepi orang baru kawen. Orang da lame kawen mesti lagi terror. ngeh3.
gurau je.



Monday, May 23, 2011

On da way

Coming Soon.

Sunday, May 22, 2011

janji


sekadar selingan.

saya masih belom update majlis bertandang di melaka.

saya juga masih belum update trip ke bali (honeymoon).

saya juga juga masih belum update kenangan gambo kursus saya.

boley tunggu ke?saya tak pasti bile boley update. saya cuba.

mahu laptop sendiri!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Friday, May 20, 2011

BENCI TANDA sayang

Kadang kala kita rasa benci sangat dengan seorang hamba Allah nie.
Benci memang benci.
Melihat wajahnye juga membuatkan kita benci.
Apetah lagi perbuatannya, gerak lakunya.

Tetapi...siapalah kita untuk membenci sebenarnya.
Hamba Allah itu juga makhluk kejadian Allah swt.
Jika kita benci, maka kita juga turut benci kejadian Allah swt. Nauzubillah.

Ya Allah sucikanlah hatiku. Insaf untuk seketika. pujuk diri sendiri.

Sekian tazkirah dipetang jumaat yang hening.

Monday, May 16, 2011

kegilaan ramai

Saya dan encik husband telah 'kemaruk' untuk seketika. Kemarukkan movie nie.

Movie ni memang telah meninggalkan kesan yang mendalam buat kami berdua.

Kenapa?



INI BUKTINYA...KAMI DAH DUA KALI TONTON DI WAYANG!





ANDA?

Sunday, May 15, 2011

penoh.padat.mampat

Saya saje2 tulis tajuk yang gempak bagi terkejot segala otot urat saraf sket bila baca. Anyway last weekend was a bit pack for me. Plus with da additional health prob, adoi memang menyeksakan jiwa baten. Kita mulakan dengan ari sabtu 14 mei 2011. Ari sukan MOF diadakan berlangsung di Stadium UKM, Bangi. Macam biase dengar je kan nama lokasi tuh. Saya memang fokus untuk datang event pembukaan temasya sukan (petang2 around 3pm). Disamping tuh kawan2 'senegara' masuk kawad kan. So untuk moral support, mmg WAJIB hadir.

Sesampai di UKM, hati jadi sayu sejenak. Teringat zaman belajar dulu2. Masuk pintu utama UKM, saya terbayang2 saya suatu ketika dulu. Naek moto honda wave WNF 7696 (telah dijual) kadang2 sorang, kadang dengan dina @ moon (kawan baek saya dikampus dulu). Touching sejenak. Masa sangat pantas berlalu & meninggalkan kita. Saya sangat bersyukur atas nikmat berupaya menumpang menuntut ilmu di UKM suatu ketika dulu. I am what i am today. Sedikit rasa bangga (tapi tak boleh berlebihan.riak nanti).

Berbalik kepada hari sukan MOF. Saya hadir dengan b
erbaju merah garang (pinjam baju en.husband) dengan tema kaler pasukan pengurusan (diwakili oleh bahagian BPK, BSWP, BPTM & ePerolehan). Macam atlet la kunun. Padahal tukang sorak je (sorak ke?). Apepon ni antara gambo yang sempat dirakam. Tahun lepas tak datang pon. So tahun nie rasa macam excited lebey.
Dua gambo terakhir tuh akibat terlampau excited. sabo je la kan. overall sukan nie berlangsung selama 2 hari (13-14 mei 2011) tp saya hanya hadir satu hari je. if datang dua2 hari, tak tau la cmne gmbo nye.

till i write again.

Tuesday, May 10, 2011

kekadang

kalau sehari tak post sumting kat blog nie rase mcm ade yang kurang plak. yelaa sekarang nie masih berkesempatan menaip & mencorat coret. esok lusa sapa tahu kan. Allah swt sahaja yang Maha Mengetahui.

today a bit down & out of mood. pepagi lagi mood dah tak berape ok. why lah?

kekadang rasa badan penat & life macam kosong je. susah nak tafsir what really happen to myself. nak kate tak cukup makan, cukup & terlebih cukup. nak kate takda duet, ade je. ntah ape yang sebenarnya saya nak. manusia normal memang tak pernah puas dengan ape yang dimiliki.

kekadang rasa nak berhenti keje pon ade. keje kat ofis tak banyak pon & langsung tak stress. tetapi hati macam tak heppy tiap pagi nak pegi keje. rasa macam terlampau terpaksa pegi keje. dulu2 tak macam nie pon. lately nie perasaan sebegini membuak2. tapi kalau saya tak keje, sukar nanti nak shoping (amalan rutin) barang dapur, barang mekap, baju2 idaman hati, nak pegi bercoti, nak mcm2 la. manusia normal memang tak pernah puas dengan ape yang dimiliki.

kekadang rasa nak melepak dengan kawan2 & borak2 santai2. tapi skarang nie saya rasa kawan2 pon da semakin kurang. dolu2 time blaja, ade je kawan nak melepak & round2. skarang da makin dewasa, kawan pon ade family sendri. saya pon ade family sendiri yang perlu dijaga. so masing-masing tak boleh nak melepak. if nak melepak, lokasi di rumah & dengan suami terchenta je la. dah tak macam dolu yea. manusia normal memang tak pernah puas dengan ape yang dimiliki.

kekadang.kekadang.kekadang.

MANUSIA NORMAL MEMANG TAK PERNAH PUAS DENGAN APE YANG DIMILIKI.

abaikan perasaan yang macam2 nie liyana. sila bersyukur dengan apa yang dimiliki.

itew je pedoman untuk hari ini. sekian. wassalam.

Sunday, May 8, 2011

hari sukan mereka

sabtu 7 mei 2011 adalah hari yang ditunggu oleh kanak-kanak itew. sebelum hari tersebut, awal2 lagi sudah meninggalkan pesanan agar pak ngah & mak ngah kena dtg awal untuk acara perbarisan yang dijangka bermula seawal 7.50 am. awalnye mak oii!


pagi itew saya, husband, adik ipar (mira & qayyum) berempat bertolak ke padang sekolah (tak ingat nama sekolah) tempat acara sukan berlangsung. sesampainye kami di situ acara masih belum dimulakan. al maklumlah budak budak tadika memang ambil masa sket nk dikumpulkan untuk acara perbarisan.kita layan gambar yea.


kakak yang begitu ceria.



adik yang telah memberi tanda-tanda tidak mahu menyertai acara perbarisan.



kami yang melarikan diri agar tidak dapat dilihat oleh adik.



acara perbarisan pon bermula. kiri kanan kiri kanan....girang sungguh si kakak. mana pulak adiknye?





sedang cuba ditenangkan oleh cikgunye.






kakak tetap maintain!tak lama kemudian....adik pon ok dan bersedia untuk acara sukaneka.



kakak pula bersedia untuk acara dengan pundi kacangnya.





kakak dipujuk oleh pak andak qayyum apabila tidak mendapat tempat sebagai johan.




macam-macam ragam kanak-kanak nie kan.layankan saje.hehehe.

apabila panas matahari semakin menyengat (betol ke bahasa nie) kami pn beredar pulang. penat memang penat tapi bila tengok keletah kanak-kanak riang nie dengan sendirinye penat pon hilang. on da way balik tu kami singgah di show room house berdekatan rumah mother in law saya di bukit rambai. husband memang admire rumah nie but due to some circumstances, we hold da plan to own a house buat masa nie. sabo dulu yea bang.


till i write again. tatatititutu.