CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, May 24, 2011

triFFLe

Assalamualaikum semua. sejak dua menjak nie, kegemaran memasak dikalangan kawan2(termasuk saya) semakin menjadi-jadi. al maklumlah semangat cemburu mencemburui yang menebal dihati sanubari masing-masing kan. masing-masing nak tunjuk segala skill yang dimiliki. auuww!sila jangan saman saya.

bab-bab memasak/bakar-bakar/uli-uli/sapu-sapu nie saya kureng sket. bukan tak minat tapi da jemu kot tengok mak saya yang memang handal memasak/bakar-membakar nie sejak saya kecik. (blaja tak mau, bising plak kan!) anyway, as career woman nowadays, i MUST know how to cook, bake (at least), roast and others cooking knowledge. sibuk bukanlah alasan untuk menidakkan semua ini. so saya dengan nada riak, mahu menonjolkan skill yang ada.

Dengan itu, terimalah puding triffLe Liyana. hari-hari mau. (yea ke?)
(gambo kurang ummph...sowie yea.)

Puding nie dibuat khas untuk jamuan pot luck ofis hari isnin (23 mei 2011) yang lepas. naseb baek jadi gak & yang paling menarek, ianya kurang manis. tahniah untuk diri saya sendiri. saya tak kedekut nak kongsi resepi simple saya. sukatan boleh diubah ikot kesesuaian masing-masing.

bahan-bahan:
butter cake & marble cake (orang biase guna swiss roll tapi saya pilih butter cake untuk kurangkan rasa manis)
1 tin susu cair carnation
tepung kastard
air masak
1 tin fruit cocktail (ditoskan buahnya)
sedikit esen vanilla
serbuk jelly perisa strawberry (yang telah dicampur gula)

cara-cara:
Potong & susun butter cake & marble cake dalam loyang/bekas hidangan (lapisan pertama)
Bancuh tepung kastard, susu cair & air masak & sedikit esen vanilla secukupnya.
Selesai tepung kastard, biar seketika & bancuh serbuk jelly dengan air masak & panaskan di api untuk seketika sehingga mendidih. Jangan lupa kacau untuk elak jelly tak sekata.
Masukkan bancuhan tepung kastard sebagai lapisan kedua atas susunan kek tadi.
Kemudian susun fruit cocktail atas lapisan kedua tadi.
Akhir sekali, letak jelly sebagai lapisan yang terakhir/teratas.
Biar untuk seketika & masuk dalam peti sejuk.

Siap puding triffle saya!
Simple je kan resepi orang baru kawen. Orang da lame kawen mesti lagi terror. ngeh3.
gurau je.



0 comments:

Post a Comment