CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, May 27, 2011

rehat di spa

Saya seronok sangat hari nie. Dapat rehat (lunch hour) yang paling bermanfaat gitew!Sebelum nie hanya keluar makan2 dengan kawan-kawan. Hari ini bersamaan Jumaat 27/5/2011, saya & kawan2 meluangkan masa sejenak di d'aura spa di seri kembangan. saya memang tak tangkap gambo sebab terlampau seronok & puas hati dengan servis yang diberikan sampai tak teringat langsung nak snap gambo.walopon dalam handbag ade je kamera. gambo versi internet je yea.




Saya share sedikit pengalaman saya & best frenz saya (Ida & Sheela) di D'Aura Spa. Saya ambil servis foot refleksologi, sheela & ida buat facial (ade beberapa jenis facial yang ditawarkan). Memandangkan lunch hour yang tak lame mane, so kami decide ambil servis yang minima but satisfiy. Servis foot refleksologi saya dibuat/diurut oleh seorang jejaka (telah berkahwin yea). Berasal dari Kota Kinabalu, Sabah. Pandai mengurut & sangat pakar mengurut memandangkan arwah neneknya seorang tukang urut. Sambil beliau mengurut, saya sempat berborak-borak dengan beliau dan ade tips yang sangat berguna untuk diamalkan oleh kaum wanita. Jangan terkejot yea. Saya berjaya menemui seorang lelaki yang handal mengurut kaum wanita (termasuk urutan di bahagian peranakan dsb) di bumi Malaysia ini. First time ever. Sebelum nie saya tak pernah jumpa.


Selepas sesi mengurut saya rasa sangat lega & mengikut tukang urut tersebut, urat kaki saya sangat tegang. Mungkin akibat berdiri terlalu lama katanya. Pesanan penaja dari beliau kaum wanita ramai yang sakit belakang. Ini berpunca dari pemakaian kasut tumit tinggi. Kalau boleh jangan kerap sangat (tak boleh sebenarnya) pakai kasut bertumit tinggi. Sebab kesannya pada hari tua kita nanti & saket belakang memang memeritkan.


Selesai sesi mengurut & facial, kami bertiga meluahkan rasa puas hati yang amat sangat dengan servis yang diberikan. Tersenyum lebar keluar spa. Seronok sangat apabila dapat beristirehat di spa sejenak. We'll come next time, insyAllah.

0 comments:

Post a Comment