Alkisahnye last week badan saya memang rs tak sedap. kisah pon bermula.rabu lepas bersamaan 4 mei 2011, ofismate saya menapau (istilah membungkuskan) lauk lebihan makan tengahari kursus pada hari tersebut (post telah tdelete.hampas kelapa kan!akan diusahakan semula). saya tanpa segan silu membawa pulang ke rumah 2 lauk tersebut iaitu ikan sambal & daging masak kicap untuk makan malam bersama suami terchenta. nasi masak sendirian berhad. makan sehingga kenyang & alhamdulillah. tido malam tibe2 terasa perot bergelodak & mahu mengeluarkan segala isi yang ada. maka selamat la 'ia' keluar pada malam itew!
Oleh yang demikian, badan memang agak longlai & kurang tido. keesokan harinya tros ke klinik presint 3 untuk langkah berjage2. badan memang lemah lembik dan seangkatan dengannya. doktor bagi MC untuk sehari (5 mei 2011). balik rumah, makan ubat & tros tido. keesokan harinya masuk ofis, orang2 ofis dengan penoh minat bertanye: 'liyana pregnant yea?' maka jawapan saya "wallahua'lam. saya tak check pn lagi. nie tak sehat sbb salah makan a.k.a food poisoning." Jumaat (6 mei 2011) cuba untuk fokus dengan kerja2 di ofis namun gagal akibat kepala rasa berpusing2 & nak lelap sangat. after lunch balik rumah & rest. baru lega. moral of da story :
Jangan tapau lauk yang telah dimasak seharian. sukar nak jangkakan ketahanan lauk tersebut.
Makan malam ringan2 sudah!makan berat, maka hasil pon berat.aduss!
Insaf sekejap hal2 kesihatan nie. time sihat, memang lupa diri. makan dengan lahapnya. bila da saket, semua pon tak lalu & nampak tak sedap.
Itu sahaja buat masa ini. Sehingga kita bertemu lagi. tatatititutu.



0 comments:
Post a Comment