CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, July 10, 2011

keputusan itu membuatku gusar

Salam.


Lama rasanye tak mencorat coret. mood terbang entah ke mana. kesian kt blog nie. oleh yang demikian arini saya mencorat coretkan sesuatu untuk dikongsi bersama-sama. ape yang baek tu jadikan pedoman yea. yang tak baek, simpan dalam hati sudah!hehehe

Apepon last post saya ade mention saya ke hospital az-zahrah, bangi untuk check up problem yang kurang enak dibahagian bawah perot (masalah wanita). Jadi memang saya rujuk terus ke Bahagian Pakar Perbidanan & Saket Puan. Alhamdulillah appointment berjalan lancar dan setakat nie problem yang dikesan berkemungkinan akibat endometriosis dan fibroid. Ngeri je dengar kan?Saya menarik nafas sejenak dan slow2 bertanya doktor berkaitan kedua-dua perkara ini. Memang susah nak faham memandangkan saya bukan dalam line medic dan percubaan untuk memahami boleh dipertingkatkan dengan aktiviti carian di internet. sekarang teknologi canggih & dihujung jari. gunakan semaksima mungkin.

Berbalik kepada problem tadi. sedikit penerangan tentang endometriosis.

Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar ´endometrium´ telah tumbuh di luar rahim. Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ´darah kotor´ atau darah haid.


APAKAH TANDA-TANDA ATAU GANGGUAN?

Tanda yang paling utama sekali di kalangan wanita ialah senggugut ataupun kesakitan pada bawah perut dan pinggang. Senggugut ini mungkin dialami dari sejak remaja lagi dan ia berterusan dan mungkin tidak reda walaupun selepas berkahwin. (Saya tidak mengalami masalah ini buat masa ini)

Ada sesetengahnya lega sekejap selepas berkahwin dan melahirkan anak, tetapi senggugut ini akan timbul semula akibat daripada penyakit endometriosis. Kesakitan yang dialami biasanya berlaku sebelum datangnya haid yang biasanya berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian ari-ari dan sering juga ke bahagian pinggang. (Ya...saya sakit ini)

Biasanya sakit akan hanya reda selepas dua atau tiga hari sahaja, tetapi jika keadaan di mana endometriosis ini telah merebak, kesakitan ini mungkin akan berterusan waktu haid dan walaupun haid sudah berhenti kadang-kala kesakitan masih ada lagi. Ini menunjukkan bahawa penyakit ini berada di peringkat teruk dan mungkin telah melibatkan dinding atau otot rahim. Gangguan lain ialah ketidaksuburan dan kemandulan. (Jangan gusar, baca lebih mendalam)

Ini adalah masalah besar di kalangan penghidap-penghidap penyakit endometriosis. Mereka tidak sedar yang penyakit ini mungkin telah timbul, yang mereka tahu ialah mereka sukar untuk mengandung, samaada buat kali pertama ataupun selepas melahirkan seorang anak ia tidak dapat hamil lagi beberapa tahun kemudian.


Sedikit info tentang fibroid.

Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang berasal dari tisu pada rahim. Apabila ia membesar, fibroid boleh memberikan pelbagai masalah kepada wanita seperti, menghimpit pundit kencing, mengalami haid yang banyak, sakit samasa haid dan sakit semasa bersama dan sebagainya. Ia boleh tumbuh sehingga sebesar biji bola tapi ia bukan sejenis kanser.

Kebanyakkan simptom yang dihadapi oleh wanita ialah kerap kencing, sembelit, sakit haid, darah haid yang banyak. Kadang-kadang dia boleh menghadang pintu rahim dan sekiranya wanita tersebut hamil, beliau terpaksa bersalin secara pembedahan ceasarean.

Berdasarkan pemerhatian doktor yang memeriksa, saya punya kes masih diperingkat awal & saiz masih kecil. So next appointment doktor akan monitor tahap tumbesaran kedua-duanye. Hopefully everything ok. Cuma yang kurang ok, saya tidak dibekalkan dengan sebarang ubat dan kadang2 saket datang tak kira masa. Memang tak terok tp rasa kurang selesa & doa jua kupanjatkan agar daya ketahanan badan cukup kuat untuk menempuh semua ini. Kita tunggu bulan September nanti untuk next appointment. Doakan saya yea.

0 comments:

Post a Comment