Solat Sunat Dhuha
Bilangan Rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
Waktu : 8.00 pagi - 11.00 pagi (berdasarkan info yang terbanyak ditemui)
Waktu pada ketika matahari naik lebih kurang sepenggalahan
Niat :
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
Bacaan ketika sujud terakhir - 3 kali
Baca doa ini selesai solat
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Pesanan untuk kawan2
Adakalanya pagi-pagi bila nak memulakan tugas kita rasa 'panas', oleh yang demikian boleh cepat2 ambil wudhuk dan amalkan solat dhuha untuk seketika. Jika sibuk dengan tugasan pejabat, selesaikan tugasan terlebih dahulu dan kemudian solat dengan tenang. Hati sejok, pahala pon dapat. Betol tak?
Itu saja untuk kali ini.



0 comments:
Post a Comment