CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, July 24, 2011

mengimbau kenangan

Sejak dua menjak nie fikiran saya slalo fikir mcm2. Susah nak dijelaskan. Mungkin penghijrahan yang bakal berlaku membuatkan saya teringat kisah2 lama sewaktu melapor diri dulu.

April 2009

Saya dapat offer jawatan Pegawai Tadbir & Diplomatik (PTD) di Kementerian Kewangan. Syukur sangat. Masa tu memang doa sangat nak keluar dari tempat keje lama (Bank Pembangunan). Saya bukan nak jadi PTD pada awalnye. Saya niat nk mintak keje government (ape2 jawatan) sebab saya pemegang biasiswa JPA dan berkhidmat untuk government adalah antara kemestian apabila tamat belajar. Rezeki jangan ditolak kan. Berkat doa mak ayah, usaha, sabar. Akhirnya sudah tertulis untuk saya dapat menyandang jawatan itu. Saya memang tak mahu langsung riak dengan jawatan itu. Sebab pada saya, semua keje pon same je. Yang penting kita ikhlas & ganjarannye kita akan rasai. Itu yang saya cuba tanamkan dalam diri.

Jun 2009 - Julai 2011
Saya ditempatkan di Bahagian Perolehan Kerajaan, MOF. Masa berlalu pantas dan kini, saya menghitung hari untuk keluar dari Bahagian tersebut untuk ke Bahagian Pinjaman Perumahan. Saya ikhlas memilih untuk keluar. Banyak faktor yang menyebabkan saya berkeputusan untuk keluar. Suami dibahagian yang sama membuatkan saya kurang selesa, kerja di pejabat yang semakin berkurangan membuatkan saya semakin bosan & buntu/berkarat & terasa bersalah makan gaji buta. Boleh diterima ke alasan saya?hehehe terima je lah kan. Saya lega dapat bertukar. Saya juga mengharapkan orang disekeliling saya gembira dengan penghijrahan ini. Saya niat nak belajar benda baru & moga dipermudahkanNya. InsyAllah.
Saya jenis yang cepat bosan dengan tugasan yang sama. Tapi tak boleh diturut sangat kata hati. Keje makan gaji nie kena redha dengan apa saja yang ditetapkan untuk kita. Saya selaloo fikir positif & kadang-kadang mengutuk/mengumpat/menyuarakan ketidakpuasan hati itu adalah normal bagi seorang wanita berkerjaya. Boleh diterimakah pernyataan ini?heheheh
Ok lah. itu saja untuk siaran kali ini. Antara gambo yang sempat dirakam ketika berkursus.


0 comments:

Post a Comment