CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, August 4, 2011

after a long silent

Lame tak corat coret kt blog nie kan.rindu?belum lg kot.hehehe jual mahal la kunun. arini bersamaan 4 ogos 2011 @ 4 ramadhan dh.cepatnye mase berlalu.arini da ari kesepuloh selepas minor operation (laparoscopy) saya di Hospital Ampang Puteri (APSH). Belum share lagi pengalaman di'operate' buat pertama kali kan.hehehe
25 Julai 2011
Hari terakhir saya berkhidmat secara rasminya di Bahagian Perolehan Kerajaan. Saya dapat ditukarkan ke Bahagian Pinjaman Perumahan berkuatkuasa 1 Ogos 2011. Bermula esok, saya akan bercuti rehat di hospital & rumah. So saya berkemas ape yang patut di ofis. Kesihatan ok tp saket datang jugak kadang2.
Selepas maghrib, kami (saya & husband) bertolak ke APSH utk masuk wad. Gerun, cuak, semua perasaan dtg dengan tiba2 sebaik masuk di perkarangan hospital. Ini adalah kali pertama diulang kali pertama saya masuk wad. Pihak hospital memaklumkan bilik yang akan saya huni bernombor 313. Jururawat yang ditugaskan membawa kami ke bilik yang sepatutnye.Saya memang gementar tp kuatkan semangat demi penyakit (penyakit ke) yang harus dilawan & melihat suami yang agak cool, so saya tetapkan pendirian. Saya rehat di atas katil yang disediakan dan tak lama kemudian jururawat memaklumkan bahawa saya dikehendaki berpuasa mulai jam 12.00 malam.Saya juga diberi ubat untuk membuang segala isi perot bagi melancarkan proses ketika operation nnti. Malam itu saya memang tidak lena tidur kerana panggilan ke tandas yang agak kerap. Suami tidur bersama saya di hospital.
26 Julai 2011
Jam menunjukkan pukul 8.15 pagi dan jururawat memaklumkan doktor akan datang sebentar lagi. Saya diarahkan tukar baju (memakai pakaian untuk dibedah). Suami saya pada waktu itu telah keluar sebentar untuk bersarapan pagi bersama kawan2 lamanye.Doktor datang & brief ape yang akan dilakukan ketika operation nnti.Saya semakin berdebar & merasekan fikiran semakin kosong. Saya naek ke atas katil yang disediakan dan ketika itu suami saya kembali kebilik saya. Saya ditolak ke bilik bedah. Suami mengiringi saya sehingga ke bilik bedah. Sebaik sampai di kawasan bilik bedah, suami dinasihatkan tunggu diluar bilik tersebut. Sementara doktor dan jururawat bersedia dengan kelengkapan pembedahan, saya ditempatkan di suatu sudut di bilik bedah.Ketika itu, saya hanya berzikir & berdoa agar semuanya selamat kelak. Tak lama kemudian, saya ditolak memasuki bilik bedah yang dikhaskan dan ketika itu suhu sangatla sejok. Saya dipasang kelengkapan dan kedengaran doktor memaklumkan saya akan dibius. Selepas itu, saya memang tidak sedarkan diri sehingga saya membuka mata dan nampak kelibat suami, ibu ayah dan adik lelaki saya di sekitar katil saya. Pembedahan selama 3 jam telah selamat dan saya ditolak kembali ke bilik 313 untuk berehat. Saya cuba membuka mata namun tidak berdaya dan ketika itu terasa sangat sakit di bahagian perut saya. Jururawat memasukkan air ke dalam badan saya dan memaklumkan bahawa badan saya masih terdapat ubat bius. Oleh yang demikian, penyelesaian yang terbaik untuk saya bagi meredakan ketidakselesaan yang di alami adalah tidur. Saya akur dan terus lelap.
Sambung entri akan datang. Letih da nie menaep. hehehe

0 comments:

Post a Comment