CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, August 22, 2011

Meneruskan perjuangan yang belum selesai

Salam. Lame rasenye tidak bersiaran.

Hari nie genap seminggu saya melapor diri di Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP).


Ape perasaan sebagai warga baru BPP?

Saya agak teruja dengan perpindahan ini dan seperti biase, saya memang nervous mak ngah ngn orang2 disini. Pendek kate cuak la sebab orang sini otai2 jugak. expert, banyak pengalaman berbanding saya nie. baru je mulakan semula perjuangan setelah terhenti untuk seketika. ramei juga yang bertanya, macamane keadaan kesihatan sekarang. untuk makluman semua, alhamdulillah kesihatan saya bertambah baik dan sudah menjadi lumrah apabila salah makan, badan akan rase semacam. pendek kata badan saya kini cepat sensitif dengan makanan yang masuk kedalam badan (ayat pusing2 plak). saya masih pantang sikit2. adekalanya memang tak boleh tahan nafsu serakah makan yang melampau.hehehe


Nak cerita tempat keje baru tp macam tak best kalau takda gambo. So saya tangguhkan dulu cerita tempat keje baru yea.


Life saya macam biase. Cuma bulan pose nie, sibuk memasak untuk husband. bukan ape, memandangkan saya masih berpantang makan, jadi pilihan untuk beli di luar agak sukar. Husband pulak perot sensitif dan jika salah makan, maka bertapa lah di toilet untuk seketika. oleh yang demikian, saya memilih untuk masak sendiri. Blog http://www.tiffinbiru.blogspot/ memang menjadi rujukan utama sebab menu dan bahan yang mudah didapati. Kos pon tak mahal sangat.


Persiapan raye pon ala kadar sahaja untuk tahun ni. Saya redha dengan ujian Allah swt di kala sambutan Ramadhan dan Syawal tahun ini. Siapalah kita nak menidakkkan ketentuan Allah swt. Cuma buat masa ini, saya sangat rindu untuk bersolat terawikh. Harap2 dapatlah menunaikan solat sunat nie menjelang malam2 terakhir nie. Ujian nie buat saya insaf untuk seketika (harap2 kekal). Betul la lirik lagu raye 'dalam kita bergembira, jangan lupa yang tiada'.....perkataan tiada bukan hanya bermaksud kepada insan yang telah meninggal dunia, bahkan mengingatkan saya kepada insan yang kurang mampu, sakit dsb. Sebab tu orang selalu ingatkan kita ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Saya bersyukur diberi kesempatan merasai Ramadhan tahun ini meskipun serba kekurangan (kesihatan yang kurang memberangsangkan). Tahun hadapan, saya belum pasti. Harap2 dapatlah merasa Ramadhan dalam keadaan sihat walafiat.


Sepanjang Ramadhan nie, dua minggu saya duduk berehat di rumah parent di Seri Petaling. Lagi dua minggu berpose di Putrajaya. Dalam tempoh dua minggu nie, saya perhatikan husband saya betol2 all out berbisnes (bukan bisnes kueh raye). Saya cuma mendoakan dia dan mengharapkan Ramadhan memberi rahmat buat kami (first ramadhan sebagai suami isteri).Tup tap tup tap, saya dimaklumkan husband dapat achieve pangkat yang tertinggi dalam dunia bisnesnye. Hampir setiap malam mulut die mengomel psal bisnes tu, so memang berbaloi2!saya doakan dia tak mudah putus asa dan jangan lupa beringat kepada yang 1 iaitu Allah swt. Dialah yang Maha Mengurniakan rezeki.


Dikesempatan ini juga, saya menyusun jari memohon ampun dan maaf kalau ade tersilap kata, silap perbuatan dsb. tahun nie saya beraye di Melaka. InsyAllah ahad malam bergerak pulang ke kampung halaman (kg la sgt). pengumuman untuk kawan2 & family, insyAllah majlis rumah terbuka & doa selamat dirancang diadakan pada 17 September 2011 (Sabtu). papepon akan diberitahu kelak.


ok sekian dulu. berhati2 memandu yea.

0 comments:

Post a Comment