CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, July 14, 2011

Ragam Manusia


Ade beberapa senario yang membuatkan saya berfikir sejenak.

Senario 1
Seorang rakan lama saya ketika menuntut dulu meletakkan gambar keputusan ujian kehamilannya (pregnancy test) dalam facebooknye untuk tatapan umum. Ujian tersebut menunjukkan keputusan negatif. Kemudian ada beberapa rakan lain komen (saya tidak sempat membacanye).
Pemikiran saya : Hilang akal ape?Memang la facebook tu dia punya akaun (lantak die la) tapi TOLONG JANGAN MEMALUKAN KAUM HAWA. Kelihatan sangat desperate untuk pregnant. I am not jeolous. Cuba berpijak dibumi nyata. Masih ramai kaum hawa yang masih belum mengandung meskipun da kahwen lama. Takkan nak tangkap semua gambar pregnancy test yang berlambak2 & negatif plak tu dan tempek dalam facebook masing2. Adoiiyai. Ape nak jadi nie?

Senario 2
McDonald melancarkan promosi buy 1 free 1 doublecheese burger selama 3 hari mulai 11-13 Julai 2011. Temah (bukan nama sebenar) mencetak kupon itu pada 12 Julai 2011 dan bawa pulang ke rumah tanpa apa-apa perasaan. Keesokannya harinya (malam terakhir promosi) suami Temah mengesyorkan pergi ke McD terdekat dan mendapatkan burger tersebut. Setibanya di outlet McD berkenaan, kelihatan ramai orang beratur panjang. Temah yang kepenatan (hari bekerja biasa) semakin hilang sabar. Suami Temah turut berperasaan yang sama. Temah mengesyorkan makan di mana-mana restoran yang berdekatan. Suami Temah enggan mengalah dan mengajak Temah ke outlet yang lain. Temah semakin 'panas' akibat perot yang telah berkeroncong. Setibanya di outlet yang lain, naseb kedua pasangan ini memang baik dan memang sudah rezeki. Dapat juga menikmati burger yang dipromosikan itew.
Pemikiran saya: Tobat tak mo print any promotion coupon. TQ.

Senario 3
Bos Joyah (bukan nama sebenar) mengarahkan Joyah untuk membantu menyiapkan satu tugasan. Joyah tiada masalah untuk menyiapkan tugasan berkenaan TETAPI....bos Joyah memaklumkan bahawa tugasan itu adalah sebenarnya tugasan untuk bos lain yang bernama Jijah. Dek kesibukan Jijah dan pasukannya, bos Joyah berniat baik untuk membantu dan meminta bantuan Joyah untuk turut serta membantunya. Joyah memang tidak ngam/serasi dengan Jijah. Bagaimana yea?
Pemikiran saya : Joyah patut pujuk diri, ambil kekuatan untuk seketika dan fikir positif. Buat kerja bukan sebab orang tetapi fikirkan amalan pahala yang dijanjikan Allah swt kelak. Niat kerana Allah swt. Bukan kerana Jijah, bos Joyah atau sapa2 yang lain.

0 comments:

Post a Comment