CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, July 24, 2011

mengimbau kenangan

Sejak dua menjak nie fikiran saya slalo fikir mcm2. Susah nak dijelaskan. Mungkin penghijrahan yang bakal berlaku membuatkan saya teringat kisah2 lama sewaktu melapor diri dulu.

April 2009

Saya dapat offer jawatan Pegawai Tadbir & Diplomatik (PTD) di Kementerian Kewangan. Syukur sangat. Masa tu memang doa sangat nak keluar dari tempat keje lama (Bank Pembangunan). Saya bukan nak jadi PTD pada awalnye. Saya niat nk mintak keje government (ape2 jawatan) sebab saya pemegang biasiswa JPA dan berkhidmat untuk government adalah antara kemestian apabila tamat belajar. Rezeki jangan ditolak kan. Berkat doa mak ayah, usaha, sabar. Akhirnya sudah tertulis untuk saya dapat menyandang jawatan itu. Saya memang tak mahu langsung riak dengan jawatan itu. Sebab pada saya, semua keje pon same je. Yang penting kita ikhlas & ganjarannye kita akan rasai. Itu yang saya cuba tanamkan dalam diri.

Jun 2009 - Julai 2011
Saya ditempatkan di Bahagian Perolehan Kerajaan, MOF. Masa berlalu pantas dan kini, saya menghitung hari untuk keluar dari Bahagian tersebut untuk ke Bahagian Pinjaman Perumahan. Saya ikhlas memilih untuk keluar. Banyak faktor yang menyebabkan saya berkeputusan untuk keluar. Suami dibahagian yang sama membuatkan saya kurang selesa, kerja di pejabat yang semakin berkurangan membuatkan saya semakin bosan & buntu/berkarat & terasa bersalah makan gaji buta. Boleh diterima ke alasan saya?hehehe terima je lah kan. Saya lega dapat bertukar. Saya juga mengharapkan orang disekeliling saya gembira dengan penghijrahan ini. Saya niat nak belajar benda baru & moga dipermudahkanNya. InsyAllah.
Saya jenis yang cepat bosan dengan tugasan yang sama. Tapi tak boleh diturut sangat kata hati. Keje makan gaji nie kena redha dengan apa saja yang ditetapkan untuk kita. Saya selaloo fikir positif & kadang-kadang mengutuk/mengumpat/menyuarakan ketidakpuasan hati itu adalah normal bagi seorang wanita berkerjaya. Boleh diterimakah pernyataan ini?heheheh
Ok lah. itu saja untuk siaran kali ini. Antara gambo yang sempat dirakam ketika berkursus.


Friday, July 22, 2011

in pain.

i'm in pain.
adoii. kena banyak sabo.
gedebak gedebuk dapat date untuk surgery (laparoscopy) on 26 july 2011 (selasa) pagi.
kecot perot, ketar lutut, sume pon ade. saya nie tak penah masuk hospital. melawat orang saket mmg slaloo. tp nk duduk atas katil as patient, alamak seriau jugak.
hopefully everything is ok. doakan saya yea.
after surgery, saya akan berehat (mungkin 2 minggu @ lebih) dan kemudian lapor diri di Bahagian baru.
hopefully ade sinar baru, semangat baru di tempat baru. insyAllah. jika kita slalo positif, orang disekeliling kita pon akan positif.
jika orang tanya kenapa saya mohon bertukar?
saya jawab, saya nak belajar benda baru, saya nak angin perubahan, saya nak bos baru (boleh?), saya nak jauh dari orang yang suka menindas orang lain, saya nak belajar / kerja dengan tenang. sekarang tak tenang ke?terlebih tenang membuatku lena dibuai mimpi. tak elok untuk jangka masa panjang.
tak sedih ke tinggalkan kawan2 disini?
sedih memang sedih. saya percaya kawan memang susah dicari. saya akan setia dengan kawan yang setia. meskipun kita terpisah oleh bangunan, saya harap hubungan kawan akan tetap kekal. to sheela & ida, i will not forget both of u. jangan sedey2 sbb nnti time kursus, kite akan berjumpa gak. insyAllah.

Tuesday, July 19, 2011

a day at ampang puteri specialist hospital

On 18 July 2011, we (i & husband) went to Ampang Puteri Specialist Hospital (APSH) to meet the pakar sakit puan no. 1 in APSH. This is the second visit (1st at Hospital Az-Zahrah, Bangi) due to my health problem. Search for second opinoin (boleh terima ke alasan nie?). Anyway saya & husband gagahkan jua ke APSH becoz saket da mula datang balik & further more APSH is one of the hospital panel under Prudential Insurance. Duet poket memang kena sedia awal. hehehe

Okai let's start the journey....(wah pegi hospital mcm pegi bcoti)

Kami gerak awal untuk elak traffic jam di MRR2. Sampai di perkarangan hospital 8.20am and hubby ajak minum dulu. Katenye awal lagi. Bukak kaunter jam 8.30am. We had roti canai breakfast at maple nearby. After that teros naik ke tingkat 3 (aras untuk pakar sakit puan) and surprisely sudah ramai mak ngah pesakit2 lain tunggu untuk temujanji pagi ni dengan Dato' Dr Ashar Abdullah....we had made a wrong decision to have the breakfast before registration.grrr ape boley buat. my turn is no. 13. Tunggu punya tunggu. Hati semakin panas. Jam sudah menunjukkan jam 11.50 & my turn tak sampai2.adoii macam pegi government hospital nie. I am getting hotter. Teros pegi kaunter tanya & that PA lady (tak mesra langsung) di kaunter just mention 'Puan, nombor da gerak tak ikot susunan. Nama puan Liyana Fariha kan, sekejap lagi saya panggil'.

What da f**k!!!ape perasaan anda?i am REALLY2 HOT!!!i just could not believe the words from her. This is private hospital & yet u can say this to me.OMG. saya memang tak boley tahan perasaan & nak marah pon tak terluah. So saya bagitau husband saya nak balik rumah & tak mahu tunggu lagi. I feel like wanna cry and run to the toilet. I am crying at the toilet until my husband came & its my turn to see the doctor. Saya memang fed up & give up to see the doctor but my husband said 'Da begini lama tunggu, takkan nk lepaskan peluang jumpa doktor'. So i move & met the doctor. Dalam hati memang meluap2 marah & said i will not come here next time.

The doctor was very profesional and did explain to us about the endeometriosis. The cyst size is still small but it will grow. So the doctor suggest us to have a surgery named laparoscopy. Kami memang susah nak faham the medical terms explained by the doctor. So the doctor bukak kitab and show us the real picture. Thats why i said the doctor is profesional enough. Lega. Kami agak risau tentang kos perubatan dan doktor bagi pilihan samada untuk proceed with government hospital (jika kewangan menjadi beban) @ covered under insurance. Doktor minta kami balik fikir & discuss after da capai kata sepakat. We agree and settled down everything (ubat & lab test) at the hospital. Bil untuk kali ini adalah sebanyak RM400++ (amount nie setelah ambil kira my husband is ex staff APSH). Kopak mak ngah!!!Sebelum pulang, saya sempat isi borang kepuasan pelanggan & as mention before, saya memang tak puas hati dengan mutu perkhidmatan yang diberikan staff kaunter di APSH.

Dalam perjalanan pulang, saya memang mengomel habis tentang perkhidmatan yang diberikan oleh APSH. Doktor bagos, tapi staff die. Sendiri mau ingat la. Saya jumpa doktor pakar sakit puan no. 1 di APSH, so the PA should show the no. 1 service. Not like no. 10. Sorry la APSH saya sebagai pesakit memang TAK PUAS HATI dengan service yang diberikan. Jika 10 markah penoh, saya bagi 4 je. Boleh?Padahal nak kena datang lagi for next appointment.

Thursday, July 14, 2011

Ragam Manusia


Ade beberapa senario yang membuatkan saya berfikir sejenak.

Senario 1
Seorang rakan lama saya ketika menuntut dulu meletakkan gambar keputusan ujian kehamilannya (pregnancy test) dalam facebooknye untuk tatapan umum. Ujian tersebut menunjukkan keputusan negatif. Kemudian ada beberapa rakan lain komen (saya tidak sempat membacanye).
Pemikiran saya : Hilang akal ape?Memang la facebook tu dia punya akaun (lantak die la) tapi TOLONG JANGAN MEMALUKAN KAUM HAWA. Kelihatan sangat desperate untuk pregnant. I am not jeolous. Cuba berpijak dibumi nyata. Masih ramai kaum hawa yang masih belum mengandung meskipun da kahwen lama. Takkan nak tangkap semua gambar pregnancy test yang berlambak2 & negatif plak tu dan tempek dalam facebook masing2. Adoiiyai. Ape nak jadi nie?

Senario 2
McDonald melancarkan promosi buy 1 free 1 doublecheese burger selama 3 hari mulai 11-13 Julai 2011. Temah (bukan nama sebenar) mencetak kupon itu pada 12 Julai 2011 dan bawa pulang ke rumah tanpa apa-apa perasaan. Keesokannya harinya (malam terakhir promosi) suami Temah mengesyorkan pergi ke McD terdekat dan mendapatkan burger tersebut. Setibanya di outlet McD berkenaan, kelihatan ramai orang beratur panjang. Temah yang kepenatan (hari bekerja biasa) semakin hilang sabar. Suami Temah turut berperasaan yang sama. Temah mengesyorkan makan di mana-mana restoran yang berdekatan. Suami Temah enggan mengalah dan mengajak Temah ke outlet yang lain. Temah semakin 'panas' akibat perot yang telah berkeroncong. Setibanya di outlet yang lain, naseb kedua pasangan ini memang baik dan memang sudah rezeki. Dapat juga menikmati burger yang dipromosikan itew.
Pemikiran saya: Tobat tak mo print any promotion coupon. TQ.

Senario 3
Bos Joyah (bukan nama sebenar) mengarahkan Joyah untuk membantu menyiapkan satu tugasan. Joyah tiada masalah untuk menyiapkan tugasan berkenaan TETAPI....bos Joyah memaklumkan bahawa tugasan itu adalah sebenarnya tugasan untuk bos lain yang bernama Jijah. Dek kesibukan Jijah dan pasukannya, bos Joyah berniat baik untuk membantu dan meminta bantuan Joyah untuk turut serta membantunya. Joyah memang tidak ngam/serasi dengan Jijah. Bagaimana yea?
Pemikiran saya : Joyah patut pujuk diri, ambil kekuatan untuk seketika dan fikir positif. Buat kerja bukan sebab orang tetapi fikirkan amalan pahala yang dijanjikan Allah swt kelak. Niat kerana Allah swt. Bukan kerana Jijah, bos Joyah atau sapa2 yang lain.

SOLAT SUNAT DHUHA

Sedikit ilmu untuk dikongsikan.

Amalan yang baik & boleh dipraktikkan selaloo. InsyAllah.
Solat Sunat Dhuha
Bilangan Rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
Waktu : 8.00 pagi - 11.00 pagi (berdasarkan info yang terbanyak ditemui)
Waktu pada ketika matahari naik lebih kurang sepenggalahan
Niat :

"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
Bacaan ketika sujud terakhir - 3 kali


Baca doa ini selesai solat


Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Pesanan untuk kawan2
Adakalanya pagi-pagi bila nak memulakan tugas kita rasa 'panas', oleh yang demikian boleh cepat2 ambil wudhuk dan amalkan solat dhuha untuk seketika. Jika sibuk dengan tugasan pejabat, selesaikan tugasan terlebih dahulu dan kemudian solat dengan tenang. Hati sejok, pahala pon dapat. Betol tak?


Itu saja untuk kali ini.

Sunday, July 10, 2011

keputusan itu membuatku gusar

Salam.


Lama rasanye tak mencorat coret. mood terbang entah ke mana. kesian kt blog nie. oleh yang demikian arini saya mencorat coretkan sesuatu untuk dikongsi bersama-sama. ape yang baek tu jadikan pedoman yea. yang tak baek, simpan dalam hati sudah!hehehe

Apepon last post saya ade mention saya ke hospital az-zahrah, bangi untuk check up problem yang kurang enak dibahagian bawah perot (masalah wanita). Jadi memang saya rujuk terus ke Bahagian Pakar Perbidanan & Saket Puan. Alhamdulillah appointment berjalan lancar dan setakat nie problem yang dikesan berkemungkinan akibat endometriosis dan fibroid. Ngeri je dengar kan?Saya menarik nafas sejenak dan slow2 bertanya doktor berkaitan kedua-dua perkara ini. Memang susah nak faham memandangkan saya bukan dalam line medic dan percubaan untuk memahami boleh dipertingkatkan dengan aktiviti carian di internet. sekarang teknologi canggih & dihujung jari. gunakan semaksima mungkin.

Berbalik kepada problem tadi. sedikit penerangan tentang endometriosis.

Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar ´endometrium´ telah tumbuh di luar rahim. Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ´darah kotor´ atau darah haid.


APAKAH TANDA-TANDA ATAU GANGGUAN?

Tanda yang paling utama sekali di kalangan wanita ialah senggugut ataupun kesakitan pada bawah perut dan pinggang. Senggugut ini mungkin dialami dari sejak remaja lagi dan ia berterusan dan mungkin tidak reda walaupun selepas berkahwin. (Saya tidak mengalami masalah ini buat masa ini)

Ada sesetengahnya lega sekejap selepas berkahwin dan melahirkan anak, tetapi senggugut ini akan timbul semula akibat daripada penyakit endometriosis. Kesakitan yang dialami biasanya berlaku sebelum datangnya haid yang biasanya berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian ari-ari dan sering juga ke bahagian pinggang. (Ya...saya sakit ini)

Biasanya sakit akan hanya reda selepas dua atau tiga hari sahaja, tetapi jika keadaan di mana endometriosis ini telah merebak, kesakitan ini mungkin akan berterusan waktu haid dan walaupun haid sudah berhenti kadang-kala kesakitan masih ada lagi. Ini menunjukkan bahawa penyakit ini berada di peringkat teruk dan mungkin telah melibatkan dinding atau otot rahim. Gangguan lain ialah ketidaksuburan dan kemandulan. (Jangan gusar, baca lebih mendalam)

Ini adalah masalah besar di kalangan penghidap-penghidap penyakit endometriosis. Mereka tidak sedar yang penyakit ini mungkin telah timbul, yang mereka tahu ialah mereka sukar untuk mengandung, samaada buat kali pertama ataupun selepas melahirkan seorang anak ia tidak dapat hamil lagi beberapa tahun kemudian.


Sedikit info tentang fibroid.

Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang berasal dari tisu pada rahim. Apabila ia membesar, fibroid boleh memberikan pelbagai masalah kepada wanita seperti, menghimpit pundit kencing, mengalami haid yang banyak, sakit samasa haid dan sakit semasa bersama dan sebagainya. Ia boleh tumbuh sehingga sebesar biji bola tapi ia bukan sejenis kanser.

Kebanyakkan simptom yang dihadapi oleh wanita ialah kerap kencing, sembelit, sakit haid, darah haid yang banyak. Kadang-kadang dia boleh menghadang pintu rahim dan sekiranya wanita tersebut hamil, beliau terpaksa bersalin secara pembedahan ceasarean.

Berdasarkan pemerhatian doktor yang memeriksa, saya punya kes masih diperingkat awal & saiz masih kecil. So next appointment doktor akan monitor tahap tumbesaran kedua-duanye. Hopefully everything ok. Cuma yang kurang ok, saya tidak dibekalkan dengan sebarang ubat dan kadang2 saket datang tak kira masa. Memang tak terok tp rasa kurang selesa & doa jua kupanjatkan agar daya ketahanan badan cukup kuat untuk menempuh semua ini. Kita tunggu bulan September nanti untuk next appointment. Doakan saya yea.

Tuesday, July 5, 2011

masanye telah tiba

lama dah tak update blog nie. kadang-kadang mood mmg terbang entah ke mana. dek kesihatan yang agak kurang memuaskan, saya akur pada keadaan semasa. hari ini adalah penentunya!

hari yang ditunggu2 tiba jua.

hari ini bersamaan 6 julai 2011, saya akan ke Hospital Az-Zahrah Bangi untuk cek segala kesulitan yang melanda tubuh badan saya ini. ayat mcm saspen je kan...kan...kan.

hopefully everything ok & pdNya jua ku panjatkan doa. moga kesakitan ini dapat menginsafkanku & mengampunkan dosaku.

tolong doakan yea. got to go.