Monday, May 30, 2011
fish pie
Sunday, May 29, 2011
when a cup of cake made your day!
But with this cup of cake & a cup of milo...
I am energize!
A bouquet of tq to ms. sheela 4 da homemade cupcake!
A cup is not enough ok!
Friday, May 27, 2011
rehat di spa

Saya share sedikit pengalaman saya & best frenz saya (Ida & Sheela) di D'Aura Spa. Saya ambil servis foot refleksologi, sheela & ida buat facial (ade beberapa jenis facial yang ditawarkan). Memandangkan lunch hour yang tak lame mane, so kami decide ambil servis yang minima but satisfiy. Servis foot refleksologi saya dibuat/diurut oleh seorang jejaka (telah berkahwin yea). Berasal dari Kota Kinabalu, Sabah. Pandai mengurut & sangat pakar mengurut memandangkan arwah neneknya seorang tukang urut. Sambil beliau mengurut, saya sempat berborak-borak dengan beliau dan ade tips yang sangat berguna untuk diamalkan oleh kaum wanita. Jangan terkejot yea. Saya berjaya menemui seorang lelaki yang handal mengurut kaum wanita (termasuk urutan di bahagian peranakan dsb) di bumi Malaysia ini. First time ever. Sebelum nie saya tak pernah jumpa.
Tuesday, May 24, 2011
triFFLe
bab-bab memasak/bakar-bakar/uli-uli/sapu-sapu nie saya kureng sket. bukan tak minat tapi da jemu kot tengok mak saya yang memang handal memasak/bakar-membakar nie sejak saya kecik. (blaja tak mau, bising plak kan!) anyway, as career woman nowadays, i MUST know how to cook, bake (at least), roast and others cooking knowledge. sibuk bukanlah alasan untuk menidakkan semua ini. so saya dengan nada riak, mahu menonjolkan skill yang ada.
bahan-bahan:
butter cake & marble cake (orang biase guna swiss roll tapi saya pilih butter cake untuk kurangkan rasa manis)
1 tin susu cair carnation
tepung kastard
air masak
1 tin fruit cocktail (ditoskan buahnya)
sedikit esen vanilla
serbuk jelly perisa strawberry (yang telah dicampur gula)
cara-cara:
Potong & susun butter cake & marble cake dalam loyang/bekas hidangan (lapisan pertama)
Bancuh tepung kastard, susu cair & air masak & sedikit esen vanilla secukupnya.
Selesai tepung kastard, biar seketika & bancuh serbuk jelly dengan air masak & panaskan di api untuk seketika sehingga mendidih. Jangan lupa kacau untuk elak jelly tak sekata.
Masukkan bancuhan tepung kastard sebagai lapisan kedua atas susunan kek tadi.
Kemudian susun fruit cocktail atas lapisan kedua tadi.
Akhir sekali, letak jelly sebagai lapisan yang terakhir/teratas.
Biar untuk seketika & masuk dalam peti sejuk.
Siap puding triffle saya!
Simple je kan resepi orang baru kawen. Orang da lame kawen mesti lagi terror. ngeh3.
gurau je.
Monday, May 23, 2011
Sunday, May 22, 2011
janji
Friday, May 20, 2011
BENCI TANDA sayang
Melihat wajahnye juga membuatkan kita benci.
Apetah lagi perbuatannya, gerak lakunya.
Tetapi...siapalah kita untuk membenci sebenarnya.
Hamba Allah itu juga makhluk kejadian Allah swt.
Jika kita benci, maka kita juga turut benci kejadian Allah swt. Nauzubillah.
Ya Allah sucikanlah hatiku. Insaf untuk seketika. pujuk diri sendiri.
Sekian tazkirah dipetang jumaat yang hening.
Monday, May 16, 2011
kegilaan ramai
Sunday, May 15, 2011
penoh.padat.mampat
Sesampai di UKM, hati jadi sayu sejenak. Teringat zaman belajar dulu2. Masuk pintu utama UKM, saya terbayang2 saya suatu ketika dulu. Naek moto honda wave WNF 7696 (telah dijual) kadang2 sorang, kadang dengan dina @ moon (kawan baek saya dikampus dulu). Touching sejenak. Masa sangat pantas berlalu & meninggalkan kita. Saya sangat bersyukur atas nikmat berupaya menumpang menuntut ilmu di UKM suatu ketika dulu. I am what i am today. Sedikit rasa bangga (tapi tak boleh berlebihan.riak nanti).
Berbalik kepada hari sukan MOF. Saya hadir dengan berbaju merah garang (pinjam baju en.husband) dengan tema kaler pasukan pengurusan (diwakili oleh bahagian BPK, BSWP, BPTM & ePerolehan). Macam atlet la kunun. Padahal tukang sorak je (sorak ke?). Apepon ni antara gambo yang sempat dirakam. Tahun lepas tak datang pon. So tahun nie rasa macam excited lebey.
till i write again.
Tuesday, May 10, 2011
kekadang
today a bit down & out of mood. pepagi lagi mood dah tak berape ok. why lah?
kekadang rasa badan penat & life macam kosong je. susah nak tafsir what really happen to myself. nak kate tak cukup makan, cukup & terlebih cukup. nak kate takda duet, ade je. ntah ape yang sebenarnya saya nak. manusia normal memang tak pernah puas dengan ape yang dimiliki.
kekadang rasa nak berhenti keje pon ade. keje kat ofis tak banyak pon & langsung tak stress. tetapi hati macam tak heppy tiap pagi nak pegi keje. rasa macam terlampau terpaksa pegi keje. dulu2 tak macam nie pon. lately nie perasaan sebegini membuak2. tapi kalau saya tak keje, sukar nanti nak shoping (amalan rutin) barang dapur, barang mekap, baju2 idaman hati, nak pegi bercoti, nak mcm2 la. manusia normal memang tak pernah puas dengan ape yang dimiliki.
kekadang rasa nak melepak dengan kawan2 & borak2 santai2. tapi skarang nie saya rasa kawan2 pon da semakin kurang. dolu2 time blaja, ade je kawan nak melepak & round2. skarang da makin dewasa, kawan pon ade family sendri. saya pon ade family sendiri yang perlu dijaga. so masing-masing tak boleh nak melepak. if nak melepak, lokasi di rumah & dengan suami terchenta je la. dah tak macam dolu yea. manusia normal memang tak pernah puas dengan ape yang dimiliki.
kekadang.kekadang.kekadang.
MANUSIA NORMAL MEMANG TAK PERNAH PUAS DENGAN APE YANG DIMILIKI.
abaikan perasaan yang macam2 nie liyana. sila bersyukur dengan apa yang dimiliki.
itew je pedoman untuk hari ini. sekian. wassalam.
Sunday, May 8, 2011
hari sukan mereka
kakak yang begitu ceria.
adik yang telah memberi tanda-tanda tidak mahu menyertai acara perbarisan.
kami yang melarikan diri agar tidak dapat dilihat oleh adik.
acara perbarisan pon bermula. kiri kanan kiri kanan....girang sungguh si kakak. mana pulak adiknye?
kakak tetap maintain!tak lama kemudian....adik pon ok dan bersedia untuk acara sukaneka.
kakak pula bersedia untuk acara dengan pundi kacangnya.
kakak dipujuk oleh pak andak qayyum apabila tidak mendapat tempat sebagai johan.
macam-macam ragam kanak-kanak nie kan.layankan saje.hehehe.
apabila nikmat kesihatan ditarik buat seketika
Oleh yang demikian, badan memang agak longlai & kurang tido. keesokan harinya tros ke klinik presint 3 untuk langkah berjage2. badan memang lemah lembik dan seangkatan dengannya. doktor bagi MC untuk sehari (5 mei 2011). balik rumah, makan ubat & tros tido. keesokan harinya masuk ofis, orang2 ofis dengan penoh minat bertanye: 'liyana pregnant yea?' maka jawapan saya "wallahua'lam. saya tak check pn lagi. nie tak sehat sbb salah makan a.k.a food poisoning." Jumaat (6 mei 2011) cuba untuk fokus dengan kerja2 di ofis namun gagal akibat kepala rasa berpusing2 & nak lelap sangat. after lunch balik rumah & rest. baru lega. moral of da story :
Jangan tapau lauk yang telah dimasak seharian. sukar nak jangkakan ketahanan lauk tersebut.
Makan malam ringan2 sudah!makan berat, maka hasil pon berat.aduss!
Insaf sekejap hal2 kesihatan nie. time sihat, memang lupa diri. makan dengan lahapnya. bila da saket, semua pon tak lalu & nampak tak sedap.
Itu sahaja buat masa ini. Sehingga kita bertemu lagi. tatatititutu.
Wednesday, May 4, 2011
kepala yang kepeningan

we are in progress of planning a family vacation!i loike!
but not in a mood to write currently.kepala da start pusing-pusing & need a rest. today agak memenatkan. till i write again.




