CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, June 21, 2012

BaLi tRip (Baru nak update ko!)










As per promise (betol ke tatabahasa nie?), saya update percutian honeymoon saya dengan en.husband ke BALI!
Sila bermood romantik.auuuw!This is da first time ever for me to travel out of malaysia. yahooo!Kesian je bunyi nye kan. Anyway bersyukur jugak la dapat travel ke luar negara gak!Walopon hanya ke Indon pak!gembira banget!

How to update yea? (saya memang mempunyai daya ingatan yang kurang sket. al maklumlah kejadian berlaku bulan februari yang lepas. sekarang nie da bulan mei nak masuk jun. adoii mane tak lupenye. (alasan logik kan?)

let's have a journey!

15 Februari 2011

Menaiki flight dari airport LCCT ke airport Denpasar, Bali. Tiba di Bali dalam pukul 2 - 3 petang. Kelaparan yang amat. Mengikut tentatif yang dibekalkan syarikat pelancongan di Malaysia (Triba East Travel) makan untuk hari pertama percutian hanya disediakan untuk makan malam (candle light dinner). Jadi untuk perot kami yang mudah berkeroncong nie, ada baeknya kami berhenti makan tengahari di sebuah restoran muslim (tak mampu ingat namanya). Makanan sangatlah menyelerakan & sedap hingga menjilat jari (akibat kebuluran, semua makanan menjadi sedap). Selepas tu check in di hotel Dreamland Villa. All i just can say about the hotel is 'SUPERB'!rasa seperti orang kaya pak!cantek bangat!romantik bangat!

en. husband memulakan 'eksplorasi' nye dalam bilik kami dengan menggunakan kamera (video akan cuba dikongsi kelak). saya? syoknye dapat rehat. bilik kami dilengkapi dengan private pool, mini pool, katil empuk, gazebo tepi pool dsb. after da exploration, my husband had started his journey to da pool.


busssh!!!(water splash after he jump to the pool)! sabo aje lah.

malam tu, we prepare ourself for private candle light dinner di gazebo dalam bilik kami. so sweet. tapi makanan sangat biase & so so. We just enjoy da moment & banyak tangkap gambo. after da dinner, kami tour sket around the hotel & rehat. 

16 Februari 2011
percutian diteruskan.hari kedua perjalanan dimulakan dengan ke Uluwatu Temple (tempat suci mengikut fahaman orang disana). Jadi kami dibekalkan dengan kain untuk diikat di pinggang. Pemandangan Subhannallah sangatlah cantek. Walopon cuace panas, kami gagahkan jua melangkah menyaksikan kebesaranNya.

Selepas itu, perjalanan diteruskan ke Nyanyang Beach. Dalam fikiran saya mesti syok dapat berjalan ditepi pantai dengan en.husband. ala-ala romantik gitu. sampai di Nyanyang Beach, punyalah tinggi pemandangan dari pantai. rupa-rupanya bukan berjalan di tepi pantai. lihat dari jauh saja (atas bukit) sambil menikmati teh ais & pisang goreng. sabo je la. pemandangan memang cantek & tidak menghampakan. ok la jugak.

selesai itu, kami ke Pusat Kebudayaan (tak hengat nama tempat ini) untuk lihat Kecak Dance. Di Bali, Kecak Dance nie memang popular & antara destinasi tetap. Kami tengok tapi kurang enjoy. layankan je. selesai kecak dance, kami dinner berdua di restoran yang disediakan. makanan ok.

17 Februari 2011
Kami berdua check out hotel Dreamland. Teruskan perjalanan ke pantai. menaiki bot untuk ke Turtle Island. Pemandangan dari atas bot lihat ke dasar laut, MasyAllah canteknye. ikan-ikan berenang2. kami dengan gembira memberi ikan-ikan makan. syoknye!
sampai di Turtle Island, kami dapati tempat ini bukan sahaja menempatkan kura-kura bahkan ada beberapa jenis haiwan lain seperti ular, burung, kelawar dsb.

tamat di Turtle Island, kami sambung dengan aktiviti laut yang boleh dipilih. saya beria-ria pilih nak naek donut boat. husband pilih fly fish. dengar macam best kan. bila da mula naek donut tu (digerakkan oleh boat yang sangat laju), saya & husband sangatla gerun. kami melambung2 dilautan. hanya kekuatan tangan yang diperlukan untuk maintain atas donut boat tu. saketnye tuhan aje yang tahu. terhentak-hentak badan kami. naseb husband badan agak berisi & mem'balance'kan imbangan kami dalam donut tu. adoiii.

selesai donut boat, kami naek fly fish. seronok gak dapat terbang naek boat. terubat sekejap saket badan akibat si donut durjana. kami selesai beraktiviti di pantai, perjalanan diteruskan ke temple (tak ingat nama yea) tengok2 & round & tangkap gambo. ade tempat ular suci lagi. then terus ke Jimbaran untuk dinner seafood mengadap sunset terbenam. nie moment yang sangat dinanti2kan. View sangat cantek, makanan sangat tidak menghampakan. kami gembira & will alwaiz remember dis moment. after that, we check in to J-Boutique Hotel (ditengah2 town Kuta). Letey sudah.

18 Februari 2011

Hari pulang ke Malaysia. Saya sudah rindukan Malaysia. Serious. Perjalanan pagi ke Artwood Gallery & Silver Art Gallery. Tengok hasil2 barang2 silver & ukiran kayu. Then kami shopping di pasar Sukawati. After that, tunggu flight untuk pulang ke Malaysia yang dirindui. Kami sampai di Malaysia around 2 pagi jugak la.

Overall trip sangat puas hati. Cuma sukar nak solat sebab kemudahan solat tak banyak, makan pon ade yang best ade yang tak best. bila da empat hari disana, sudah mula rindukan masakan malaysia. benarlah kata pepatah hujan emas dinegara orang, hujan batu dinegara sendiri. lagi baek berada dinegara sendiri.

apepon, Bali telahku jejaki. syukur!

Sunday, April 15, 2012

just need some time to recover!

menenangkan diri.

Allah swt tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

rest.

Monday, August 22, 2011

Meneruskan perjuangan yang belum selesai

Salam. Lame rasenye tidak bersiaran.

Hari nie genap seminggu saya melapor diri di Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP).


Ape perasaan sebagai warga baru BPP?

Saya agak teruja dengan perpindahan ini dan seperti biase, saya memang nervous mak ngah ngn orang2 disini. Pendek kate cuak la sebab orang sini otai2 jugak. expert, banyak pengalaman berbanding saya nie. baru je mulakan semula perjuangan setelah terhenti untuk seketika. ramei juga yang bertanya, macamane keadaan kesihatan sekarang. untuk makluman semua, alhamdulillah kesihatan saya bertambah baik dan sudah menjadi lumrah apabila salah makan, badan akan rase semacam. pendek kata badan saya kini cepat sensitif dengan makanan yang masuk kedalam badan (ayat pusing2 plak). saya masih pantang sikit2. adekalanya memang tak boleh tahan nafsu serakah makan yang melampau.hehehe


Nak cerita tempat keje baru tp macam tak best kalau takda gambo. So saya tangguhkan dulu cerita tempat keje baru yea.


Life saya macam biase. Cuma bulan pose nie, sibuk memasak untuk husband. bukan ape, memandangkan saya masih berpantang makan, jadi pilihan untuk beli di luar agak sukar. Husband pulak perot sensitif dan jika salah makan, maka bertapa lah di toilet untuk seketika. oleh yang demikian, saya memilih untuk masak sendiri. Blog http://www.tiffinbiru.blogspot/ memang menjadi rujukan utama sebab menu dan bahan yang mudah didapati. Kos pon tak mahal sangat.


Persiapan raye pon ala kadar sahaja untuk tahun ni. Saya redha dengan ujian Allah swt di kala sambutan Ramadhan dan Syawal tahun ini. Siapalah kita nak menidakkkan ketentuan Allah swt. Cuma buat masa ini, saya sangat rindu untuk bersolat terawikh. Harap2 dapatlah menunaikan solat sunat nie menjelang malam2 terakhir nie. Ujian nie buat saya insaf untuk seketika (harap2 kekal). Betul la lirik lagu raye 'dalam kita bergembira, jangan lupa yang tiada'.....perkataan tiada bukan hanya bermaksud kepada insan yang telah meninggal dunia, bahkan mengingatkan saya kepada insan yang kurang mampu, sakit dsb. Sebab tu orang selalu ingatkan kita ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Saya bersyukur diberi kesempatan merasai Ramadhan tahun ini meskipun serba kekurangan (kesihatan yang kurang memberangsangkan). Tahun hadapan, saya belum pasti. Harap2 dapatlah merasa Ramadhan dalam keadaan sihat walafiat.


Sepanjang Ramadhan nie, dua minggu saya duduk berehat di rumah parent di Seri Petaling. Lagi dua minggu berpose di Putrajaya. Dalam tempoh dua minggu nie, saya perhatikan husband saya betol2 all out berbisnes (bukan bisnes kueh raye). Saya cuma mendoakan dia dan mengharapkan Ramadhan memberi rahmat buat kami (first ramadhan sebagai suami isteri).Tup tap tup tap, saya dimaklumkan husband dapat achieve pangkat yang tertinggi dalam dunia bisnesnye. Hampir setiap malam mulut die mengomel psal bisnes tu, so memang berbaloi2!saya doakan dia tak mudah putus asa dan jangan lupa beringat kepada yang 1 iaitu Allah swt. Dialah yang Maha Mengurniakan rezeki.


Dikesempatan ini juga, saya menyusun jari memohon ampun dan maaf kalau ade tersilap kata, silap perbuatan dsb. tahun nie saya beraye di Melaka. InsyAllah ahad malam bergerak pulang ke kampung halaman (kg la sgt). pengumuman untuk kawan2 & family, insyAllah majlis rumah terbuka & doa selamat dirancang diadakan pada 17 September 2011 (Sabtu). papepon akan diberitahu kelak.


ok sekian dulu. berhati2 memandu yea.

Friday, August 5, 2011

malam yang hening

tajuk mcm scary je kan.
actually mlm nie saje nk membuang mase kejap b4 tido.
i just realize that tomorrow is the day that i'll start fasting.hehehe after 5 days of missing it. semangat berkobar2.hopefully cukup kuat tenaga & iman utk berpose. insyAllah.mlm nie terase sayu je. tahu kenapa?
saya berfikir sejenak kenapa tahun nie saya diuji dengan agak hebat (awal tahun lalu dengan adik yg masuk hospital disaat saya menghitung hari bahagia, b4 pose saya rela hati masuk ke wad utk dibedah). jawapannye (saya juga yang jawab..tadaaa)!
sebab Allah swt sayangkan hamba yang diuji itu. saya yakin dan percaye bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu pasti ade hikmah yang tersembunyi. hanya Allah swt yang mengetahui. saya amat berharap untuk cepat sembuh (masih dalam tempoh berehat) dan menjalani ibadah pose, menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri di bulan2 pose nie, beramal dan yang paling penting mendekatkan diri pdNya. betol la kate org, manusia mudah lupa. saya sekarang sangat teringin untuk makan macam2 (masih berpantang), sangat teringin bergerak bebas tanpa rase sakit, sangat teringin untuk ...aarrrrghh..mcm2 benda nk buat. time sehat kerap kali lupa untuk bersyukur kerana berpeluang merasai segalanye. saya hanya perlu bersabar dan bersyukur kerana Allah swt masih memberi peluang utk saya merasai Ramadhan biarpun lambat 5 hari (insyAllah).
itu saja corat coret utk mlm ini. sekian dulu yea.

Thursday, August 4, 2011

after a long silent

Lame tak corat coret kt blog nie kan.rindu?belum lg kot.hehehe jual mahal la kunun. arini bersamaan 4 ogos 2011 @ 4 ramadhan dh.cepatnye mase berlalu.arini da ari kesepuloh selepas minor operation (laparoscopy) saya di Hospital Ampang Puteri (APSH). Belum share lagi pengalaman di'operate' buat pertama kali kan.hehehe
25 Julai 2011
Hari terakhir saya berkhidmat secara rasminya di Bahagian Perolehan Kerajaan. Saya dapat ditukarkan ke Bahagian Pinjaman Perumahan berkuatkuasa 1 Ogos 2011. Bermula esok, saya akan bercuti rehat di hospital & rumah. So saya berkemas ape yang patut di ofis. Kesihatan ok tp saket datang jugak kadang2.
Selepas maghrib, kami (saya & husband) bertolak ke APSH utk masuk wad. Gerun, cuak, semua perasaan dtg dengan tiba2 sebaik masuk di perkarangan hospital. Ini adalah kali pertama diulang kali pertama saya masuk wad. Pihak hospital memaklumkan bilik yang akan saya huni bernombor 313. Jururawat yang ditugaskan membawa kami ke bilik yang sepatutnye.Saya memang gementar tp kuatkan semangat demi penyakit (penyakit ke) yang harus dilawan & melihat suami yang agak cool, so saya tetapkan pendirian. Saya rehat di atas katil yang disediakan dan tak lama kemudian jururawat memaklumkan bahawa saya dikehendaki berpuasa mulai jam 12.00 malam.Saya juga diberi ubat untuk membuang segala isi perot bagi melancarkan proses ketika operation nnti. Malam itu saya memang tidak lena tidur kerana panggilan ke tandas yang agak kerap. Suami tidur bersama saya di hospital.
26 Julai 2011
Jam menunjukkan pukul 8.15 pagi dan jururawat memaklumkan doktor akan datang sebentar lagi. Saya diarahkan tukar baju (memakai pakaian untuk dibedah). Suami saya pada waktu itu telah keluar sebentar untuk bersarapan pagi bersama kawan2 lamanye.Doktor datang & brief ape yang akan dilakukan ketika operation nnti.Saya semakin berdebar & merasekan fikiran semakin kosong. Saya naek ke atas katil yang disediakan dan ketika itu suami saya kembali kebilik saya. Saya ditolak ke bilik bedah. Suami mengiringi saya sehingga ke bilik bedah. Sebaik sampai di kawasan bilik bedah, suami dinasihatkan tunggu diluar bilik tersebut. Sementara doktor dan jururawat bersedia dengan kelengkapan pembedahan, saya ditempatkan di suatu sudut di bilik bedah.Ketika itu, saya hanya berzikir & berdoa agar semuanya selamat kelak. Tak lama kemudian, saya ditolak memasuki bilik bedah yang dikhaskan dan ketika itu suhu sangatla sejok. Saya dipasang kelengkapan dan kedengaran doktor memaklumkan saya akan dibius. Selepas itu, saya memang tidak sedarkan diri sehingga saya membuka mata dan nampak kelibat suami, ibu ayah dan adik lelaki saya di sekitar katil saya. Pembedahan selama 3 jam telah selamat dan saya ditolak kembali ke bilik 313 untuk berehat. Saya cuba membuka mata namun tidak berdaya dan ketika itu terasa sangat sakit di bahagian perut saya. Jururawat memasukkan air ke dalam badan saya dan memaklumkan bahawa badan saya masih terdapat ubat bius. Oleh yang demikian, penyelesaian yang terbaik untuk saya bagi meredakan ketidakselesaan yang di alami adalah tidur. Saya akur dan terus lelap.
Sambung entri akan datang. Letih da nie menaep. hehehe

Sunday, July 24, 2011

mengimbau kenangan

Sejak dua menjak nie fikiran saya slalo fikir mcm2. Susah nak dijelaskan. Mungkin penghijrahan yang bakal berlaku membuatkan saya teringat kisah2 lama sewaktu melapor diri dulu.

April 2009

Saya dapat offer jawatan Pegawai Tadbir & Diplomatik (PTD) di Kementerian Kewangan. Syukur sangat. Masa tu memang doa sangat nak keluar dari tempat keje lama (Bank Pembangunan). Saya bukan nak jadi PTD pada awalnye. Saya niat nk mintak keje government (ape2 jawatan) sebab saya pemegang biasiswa JPA dan berkhidmat untuk government adalah antara kemestian apabila tamat belajar. Rezeki jangan ditolak kan. Berkat doa mak ayah, usaha, sabar. Akhirnya sudah tertulis untuk saya dapat menyandang jawatan itu. Saya memang tak mahu langsung riak dengan jawatan itu. Sebab pada saya, semua keje pon same je. Yang penting kita ikhlas & ganjarannye kita akan rasai. Itu yang saya cuba tanamkan dalam diri.

Jun 2009 - Julai 2011
Saya ditempatkan di Bahagian Perolehan Kerajaan, MOF. Masa berlalu pantas dan kini, saya menghitung hari untuk keluar dari Bahagian tersebut untuk ke Bahagian Pinjaman Perumahan. Saya ikhlas memilih untuk keluar. Banyak faktor yang menyebabkan saya berkeputusan untuk keluar. Suami dibahagian yang sama membuatkan saya kurang selesa, kerja di pejabat yang semakin berkurangan membuatkan saya semakin bosan & buntu/berkarat & terasa bersalah makan gaji buta. Boleh diterima ke alasan saya?hehehe terima je lah kan. Saya lega dapat bertukar. Saya juga mengharapkan orang disekeliling saya gembira dengan penghijrahan ini. Saya niat nak belajar benda baru & moga dipermudahkanNya. InsyAllah.
Saya jenis yang cepat bosan dengan tugasan yang sama. Tapi tak boleh diturut sangat kata hati. Keje makan gaji nie kena redha dengan apa saja yang ditetapkan untuk kita. Saya selaloo fikir positif & kadang-kadang mengutuk/mengumpat/menyuarakan ketidakpuasan hati itu adalah normal bagi seorang wanita berkerjaya. Boleh diterimakah pernyataan ini?heheheh
Ok lah. itu saja untuk siaran kali ini. Antara gambo yang sempat dirakam ketika berkursus.


Friday, July 22, 2011

in pain.

i'm in pain.
adoii. kena banyak sabo.
gedebak gedebuk dapat date untuk surgery (laparoscopy) on 26 july 2011 (selasa) pagi.
kecot perot, ketar lutut, sume pon ade. saya nie tak penah masuk hospital. melawat orang saket mmg slaloo. tp nk duduk atas katil as patient, alamak seriau jugak.
hopefully everything is ok. doakan saya yea.
after surgery, saya akan berehat (mungkin 2 minggu @ lebih) dan kemudian lapor diri di Bahagian baru.
hopefully ade sinar baru, semangat baru di tempat baru. insyAllah. jika kita slalo positif, orang disekeliling kita pon akan positif.
jika orang tanya kenapa saya mohon bertukar?
saya jawab, saya nak belajar benda baru, saya nak angin perubahan, saya nak bos baru (boleh?), saya nak jauh dari orang yang suka menindas orang lain, saya nak belajar / kerja dengan tenang. sekarang tak tenang ke?terlebih tenang membuatku lena dibuai mimpi. tak elok untuk jangka masa panjang.
tak sedih ke tinggalkan kawan2 disini?
sedih memang sedih. saya percaya kawan memang susah dicari. saya akan setia dengan kawan yang setia. meskipun kita terpisah oleh bangunan, saya harap hubungan kawan akan tetap kekal. to sheela & ida, i will not forget both of u. jangan sedey2 sbb nnti time kursus, kite akan berjumpa gak. insyAllah.