CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, August 22, 2011

Meneruskan perjuangan yang belum selesai

Salam. Lame rasenye tidak bersiaran.

Hari nie genap seminggu saya melapor diri di Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP).


Ape perasaan sebagai warga baru BPP?

Saya agak teruja dengan perpindahan ini dan seperti biase, saya memang nervous mak ngah ngn orang2 disini. Pendek kate cuak la sebab orang sini otai2 jugak. expert, banyak pengalaman berbanding saya nie. baru je mulakan semula perjuangan setelah terhenti untuk seketika. ramei juga yang bertanya, macamane keadaan kesihatan sekarang. untuk makluman semua, alhamdulillah kesihatan saya bertambah baik dan sudah menjadi lumrah apabila salah makan, badan akan rase semacam. pendek kata badan saya kini cepat sensitif dengan makanan yang masuk kedalam badan (ayat pusing2 plak). saya masih pantang sikit2. adekalanya memang tak boleh tahan nafsu serakah makan yang melampau.hehehe


Nak cerita tempat keje baru tp macam tak best kalau takda gambo. So saya tangguhkan dulu cerita tempat keje baru yea.


Life saya macam biase. Cuma bulan pose nie, sibuk memasak untuk husband. bukan ape, memandangkan saya masih berpantang makan, jadi pilihan untuk beli di luar agak sukar. Husband pulak perot sensitif dan jika salah makan, maka bertapa lah di toilet untuk seketika. oleh yang demikian, saya memilih untuk masak sendiri. Blog http://www.tiffinbiru.blogspot/ memang menjadi rujukan utama sebab menu dan bahan yang mudah didapati. Kos pon tak mahal sangat.


Persiapan raye pon ala kadar sahaja untuk tahun ni. Saya redha dengan ujian Allah swt di kala sambutan Ramadhan dan Syawal tahun ini. Siapalah kita nak menidakkkan ketentuan Allah swt. Cuma buat masa ini, saya sangat rindu untuk bersolat terawikh. Harap2 dapatlah menunaikan solat sunat nie menjelang malam2 terakhir nie. Ujian nie buat saya insaf untuk seketika (harap2 kekal). Betul la lirik lagu raye 'dalam kita bergembira, jangan lupa yang tiada'.....perkataan tiada bukan hanya bermaksud kepada insan yang telah meninggal dunia, bahkan mengingatkan saya kepada insan yang kurang mampu, sakit dsb. Sebab tu orang selalu ingatkan kita ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Saya bersyukur diberi kesempatan merasai Ramadhan tahun ini meskipun serba kekurangan (kesihatan yang kurang memberangsangkan). Tahun hadapan, saya belum pasti. Harap2 dapatlah merasa Ramadhan dalam keadaan sihat walafiat.


Sepanjang Ramadhan nie, dua minggu saya duduk berehat di rumah parent di Seri Petaling. Lagi dua minggu berpose di Putrajaya. Dalam tempoh dua minggu nie, saya perhatikan husband saya betol2 all out berbisnes (bukan bisnes kueh raye). Saya cuma mendoakan dia dan mengharapkan Ramadhan memberi rahmat buat kami (first ramadhan sebagai suami isteri).Tup tap tup tap, saya dimaklumkan husband dapat achieve pangkat yang tertinggi dalam dunia bisnesnye. Hampir setiap malam mulut die mengomel psal bisnes tu, so memang berbaloi2!saya doakan dia tak mudah putus asa dan jangan lupa beringat kepada yang 1 iaitu Allah swt. Dialah yang Maha Mengurniakan rezeki.


Dikesempatan ini juga, saya menyusun jari memohon ampun dan maaf kalau ade tersilap kata, silap perbuatan dsb. tahun nie saya beraye di Melaka. InsyAllah ahad malam bergerak pulang ke kampung halaman (kg la sgt). pengumuman untuk kawan2 & family, insyAllah majlis rumah terbuka & doa selamat dirancang diadakan pada 17 September 2011 (Sabtu). papepon akan diberitahu kelak.


ok sekian dulu. berhati2 memandu yea.

Friday, August 5, 2011

malam yang hening

tajuk mcm scary je kan.
actually mlm nie saje nk membuang mase kejap b4 tido.
i just realize that tomorrow is the day that i'll start fasting.hehehe after 5 days of missing it. semangat berkobar2.hopefully cukup kuat tenaga & iman utk berpose. insyAllah.mlm nie terase sayu je. tahu kenapa?
saya berfikir sejenak kenapa tahun nie saya diuji dengan agak hebat (awal tahun lalu dengan adik yg masuk hospital disaat saya menghitung hari bahagia, b4 pose saya rela hati masuk ke wad utk dibedah). jawapannye (saya juga yang jawab..tadaaa)!
sebab Allah swt sayangkan hamba yang diuji itu. saya yakin dan percaye bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu pasti ade hikmah yang tersembunyi. hanya Allah swt yang mengetahui. saya amat berharap untuk cepat sembuh (masih dalam tempoh berehat) dan menjalani ibadah pose, menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri di bulan2 pose nie, beramal dan yang paling penting mendekatkan diri pdNya. betol la kate org, manusia mudah lupa. saya sekarang sangat teringin untuk makan macam2 (masih berpantang), sangat teringin bergerak bebas tanpa rase sakit, sangat teringin untuk ...aarrrrghh..mcm2 benda nk buat. time sehat kerap kali lupa untuk bersyukur kerana berpeluang merasai segalanye. saya hanya perlu bersabar dan bersyukur kerana Allah swt masih memberi peluang utk saya merasai Ramadhan biarpun lambat 5 hari (insyAllah).
itu saja corat coret utk mlm ini. sekian dulu yea.

Thursday, August 4, 2011

after a long silent

Lame tak corat coret kt blog nie kan.rindu?belum lg kot.hehehe jual mahal la kunun. arini bersamaan 4 ogos 2011 @ 4 ramadhan dh.cepatnye mase berlalu.arini da ari kesepuloh selepas minor operation (laparoscopy) saya di Hospital Ampang Puteri (APSH). Belum share lagi pengalaman di'operate' buat pertama kali kan.hehehe
25 Julai 2011
Hari terakhir saya berkhidmat secara rasminya di Bahagian Perolehan Kerajaan. Saya dapat ditukarkan ke Bahagian Pinjaman Perumahan berkuatkuasa 1 Ogos 2011. Bermula esok, saya akan bercuti rehat di hospital & rumah. So saya berkemas ape yang patut di ofis. Kesihatan ok tp saket datang jugak kadang2.
Selepas maghrib, kami (saya & husband) bertolak ke APSH utk masuk wad. Gerun, cuak, semua perasaan dtg dengan tiba2 sebaik masuk di perkarangan hospital. Ini adalah kali pertama diulang kali pertama saya masuk wad. Pihak hospital memaklumkan bilik yang akan saya huni bernombor 313. Jururawat yang ditugaskan membawa kami ke bilik yang sepatutnye.Saya memang gementar tp kuatkan semangat demi penyakit (penyakit ke) yang harus dilawan & melihat suami yang agak cool, so saya tetapkan pendirian. Saya rehat di atas katil yang disediakan dan tak lama kemudian jururawat memaklumkan bahawa saya dikehendaki berpuasa mulai jam 12.00 malam.Saya juga diberi ubat untuk membuang segala isi perot bagi melancarkan proses ketika operation nnti. Malam itu saya memang tidak lena tidur kerana panggilan ke tandas yang agak kerap. Suami tidur bersama saya di hospital.
26 Julai 2011
Jam menunjukkan pukul 8.15 pagi dan jururawat memaklumkan doktor akan datang sebentar lagi. Saya diarahkan tukar baju (memakai pakaian untuk dibedah). Suami saya pada waktu itu telah keluar sebentar untuk bersarapan pagi bersama kawan2 lamanye.Doktor datang & brief ape yang akan dilakukan ketika operation nnti.Saya semakin berdebar & merasekan fikiran semakin kosong. Saya naek ke atas katil yang disediakan dan ketika itu suami saya kembali kebilik saya. Saya ditolak ke bilik bedah. Suami mengiringi saya sehingga ke bilik bedah. Sebaik sampai di kawasan bilik bedah, suami dinasihatkan tunggu diluar bilik tersebut. Sementara doktor dan jururawat bersedia dengan kelengkapan pembedahan, saya ditempatkan di suatu sudut di bilik bedah.Ketika itu, saya hanya berzikir & berdoa agar semuanya selamat kelak. Tak lama kemudian, saya ditolak memasuki bilik bedah yang dikhaskan dan ketika itu suhu sangatla sejok. Saya dipasang kelengkapan dan kedengaran doktor memaklumkan saya akan dibius. Selepas itu, saya memang tidak sedarkan diri sehingga saya membuka mata dan nampak kelibat suami, ibu ayah dan adik lelaki saya di sekitar katil saya. Pembedahan selama 3 jam telah selamat dan saya ditolak kembali ke bilik 313 untuk berehat. Saya cuba membuka mata namun tidak berdaya dan ketika itu terasa sangat sakit di bahagian perut saya. Jururawat memasukkan air ke dalam badan saya dan memaklumkan bahawa badan saya masih terdapat ubat bius. Oleh yang demikian, penyelesaian yang terbaik untuk saya bagi meredakan ketidakselesaan yang di alami adalah tidur. Saya akur dan terus lelap.
Sambung entri akan datang. Letih da nie menaep. hehehe